Sup makanan laut Thai @ Poh Tak

 Assalammualaikum w.b.t

Resipi kali ini adalah antara hidangan kegemaran saya ketika berada di Koh Samui. Sangat berkhasiat dan memang sedap. Sup makanan laut yang pedas dan masam bersama aroma daun ketumbar yang wangi. Saya suka daun ketumbar walaupun ramai yang kata daun ini bau seperti kumbang 😂.

Resipi ini menggunakan cendawan sebagai sayuran utama. Saya suka guna cendawan "Royal Trumpet". Kenyal-kenyal bila digigit dan memang sesuai sangat bila bergabung dengan seafoods. Saya sertakan gambar cendawan supaya senang anda cari. 


Sup ini juga tidak menggunakan bawang.  Tapi kalau nak letak pun boleh sahaja di akhir masakan sebagai penambah rasa. Kalau tak letak pun tidak mengapa. 

Oklah, tanpa berlengah lagi jom tengok resipi Poh Tak yang sangat mudah dan lazat. 



Poh Tak @ Thai Spicy Seafood Soup


Bahan-bahan:

300 gram makanan laut - (saya suka letak udang, sotong dan kupang)

3 cawan air 

100 gram cendawan (saya suka royal trumpet mushroom)

3 batang serai - diketuk

2 inci lengkuas - dipotong nipis 

1 inci halia - di potong nipis

5-7 biji cili padi Thai - diketuk (kalau suka pedas boleh tambah cili)

6 helai daun limau purut - diracik

2 biji limau nipis - diperah airnya

3 sudu besar sos ikan 

1 biji tomato - belah 4 

4 tangkai daun ketumbar - dihiris halus

Garam, gula dan serbuk perasa 


Cara penyediaan :

Masukkan air ke dalam periuk bersama - sama dengan serai, lengkuas, halia, daun limau purut dan cili padi thai. Biarkan seketika sehingga hampir mendidih.

Kemudian, masukkan makanan laut. Kacau perlahan - lahan.

Terus masukkan cendawan, sos ikan, garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa. Kacau perlahan biar sebati.

Apabila mendidih, masukkan tomato dan daun ketumbar. Kacau seketika dan terus tutup api.

Akhir sekali, masukkan air limau nipis ke dalam sup dan kacau. Air limau nipis ini perlu dimasukkan akhir supaya terasa kesegaran limau. 

Siap dan sedia dihidang bersama nasi atau meehoon. 


Mudah bukan resipi ini? Jangan lupa tag saya di ig @haniramelan bila dah masak nanti. 

Salam ramadhan dan selamat  mencuba.










No comments:

Post a Comment