Ayam Tiga Budak Gemok (Ayam Kicap Daun Kari)

 Assalammualaikum w.b.t,

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat viral. Resepi ini memang sangat mudah untuk dimasak dan sangat sedap. Bahan pun tak banyak. Jom tengok apakah bahan dan cara penyediaan.


Ayam Tiga Budak Gemok (Ayam Kicap Daun Kari)

Bahan - bahan:

1 ekor ayam dipotong 18. - Lumur dengan kunyit dan garam - goreng hingga agak garing.

3 biji kentang dipotong 6. Goreng garing. (Jika tiada kentang pun tak mengapa. Saya suka letak sebab lebih sedap).

3 sudu besar @Ratu Tumis Sup.

4 tangkai daun kari. 

1 biji buah keras dihiris halus.

5 -8 biji cili padi - dipotong nipis. (Kalau nak pedas, boleh letak lebih).

5 - 7 sudu besar kicap lemak manis . Saya suka guna Jalen atau Kipas Udang.

Garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa.

Cara Penyediaan :

Panaskan 3 sudu besar minyak bekas goreng ayam . Masukkan 2 sudu besar Ratu Tumis Sup. Pastikan api kecil untuk elakkan Ratu Tumis Sup hangus. 

Kemudian masukkan buah keras, cili padi dan daun. Kacau hingga sebati. 

Setelah sebati, masukkan kicap lemak manis. Jangan terlampau banyak sebab kita taknak terlampau berkuah. Cukup untuk salut ayam dan kentang. 

Masukkan juga sedikit garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. Letak sedikit sahaja dulu supaya tidak terlampau masin atau manis. 

Akhir sekali masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng. Kacau hingga kuah sebati dan menyaluti ayam dan kentang.

Siap. Tutup api dan sedia untuk dihidang.



Rupa hitam sitampuk manggis gitu. Tapi lauk ini memang sedap. Boleh dimakan dengan nasi panas, timun dan sambal. Makan dengan nasi aje pun dah cukup menyelerakan.

Selamat mencuba ya!

Untuk mendapatkan pes Ratu Tumis, boleh klik website Rasa Rosz atau Shopee untuk pembelian.







No comments:

Post a Comment