Tuesday, 9 February 2021

2021 tahun pendakian ke kemuncak

 Assalammualaikum w.b.t 

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2021. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur melangkah ke tahun baru. Tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 

Ramai yang mengharapkan 2021 ini lebih baik dari 2020. Mengharapkan agar Covid 19 hilang dari Malaysia. Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Norma baru perlu kita lalui. Bekerja dari rumah, sekolah dari rumah dan segalanya banyak dilakukan di rumah.

Tahun ini saya bermula pada bulan Februari. Tak tahulah kenapa tapi bulan Januari memang mood masih ke laut dalam. Menunggu keadaan reda, anak-anak boleh bersekolah, kami boleh bekerja dan berbisnes seperti dahulu. Rupanya meleset sama sekali. Kes Covid 19 semakin meningkat dan PKP pun dilaksanakan hingga sekarang. 

Alhamdulillah juga tersedar dan perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari semangat untuk ikut suami dan anak anak pergi hiking dan trekking. Antara aktiviti yang paling saya tidak gemari dulu. Suami dan anak-anak dah mula hiking dari tahun lepas lagi tapi saya malas nak ikut. Memang saya tak suka, dan rasa tak sesuai untuk saya. 

Tapi entah bagaimana perasaan nak ikut tu timbul jadi saya gagahkan juga. Kali pertama pergi memang saya akui sukar sekali. Saya gayat, kaki tak kuat, lutut pun getar, setiap kali melangkah, langkahan saya sungguh perlahan. Step by step memijak tanah dengan berhati-hati. Sampai nak mendaki dan turun bukit, saya naik dan turun dengan ketakutan dan hampir tidak boleh melangkah. Tapi suami dan anak-anak saya menunggu sabar sampai saya berjaya mendaki dan menuruni bukit. Kali pertama selesai pendakian, ya Allah rasa seperti satu pencapaian besar bagi diri saya.


Alhamdulillah, diam tak diam dah hampir 10 kali hiking. Badan terasa lebih ringan. Tidur malam pun lebih mudah dan nyenyak. Bersemangat nak exercise hari-hari untuk kesihatan. Tahun ini berat saya naik mendadak hingga mencecah 93.54 kg. Berat sungguh saya rasa. Baju seluar kebanyakannya tak muat. Berat saya hampir menyamai berat ketika mengandungkan Aisyah. Sedih sungguh tapi bukan salah sesiapa, salah diri sendiri ikut sangat nafsu dan selera makan.


Selain aktiviti hiking, saya juga mula menjaga pemakanan saya. Saya buat detox Dr Jue selama 4 hari. Kemudian saya sambung dengan keto untuk 4 minggu. Minggu ini adalah minggu pertama saya melakukan keto diet. Nampak penurunan ke 90.1kg pagi tadi (9/2/2021) . Walaupun sasaran 63kg masih jauh, tapi kali ini wajib istiqamah demi kesihatan. 


Semoga pada tahun 2021 ini saya berjaya konsisten dalam misi kesihatan saya. Kali ini saya tidak mengamalkan sebarang supplemen, ubat diet dan segala jenis protein. Saya melakukan secara alami sahaja. Menjaga pemakanan dan konsisten melakukan senaman.  80% makanan, 20% senaman. 

Ada masa saya share resipi keto saya ya.Doakan saya berjaya kali ini. Pendakian ke puncak gitu.

Hingga berjumpa lagi, bye for now.




 



 

No comments:

Post a Comment