RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Monday, 15 June 2020

Salam Aidilfitri 2020

Assalammualaikum w.b.t
Belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Sekian lama tidak menulis di blog. Rugi pula rasanya. Jadi saya rakamkan momen dan kenangan hari raya 2020 di blog ini.

Tahun ini tidak seperti tahun yang sudah-sudah. Selama 38 tahun hidup, tidak terfikir akan menyambut hari raya Aidilfitri di bumi asing.  Tapi tahun ini sungguh berbeza. Semua sedia maklum tentang wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Jadi, pada tahun ini oleh kerana kami tidak dapat pulang ke Malaysia, di Koh Samui Thailand kami sambut raya.


Bersama suami, anak anak dan keluarga kak long. kami menyambut Aidilfitri di Thailand. Alhamdulillah dapat sambut raya dalam keadaan yang sungguh selesa dan cukup segala-galanya. Semua juadah kami masak sendiri. Nasib baik ada pes Rasarosz. Jadi mudah kami nak sediakan lauk pauk hari raya. Kalau ada yang nak mencuba pes RasaRosz, boleh klik di link ini ya www.rasarosz.com . 


Anak - anak pun pakai baju apa yang ada. Paling sedih sebab anak saudara saya, Qiesya Damia tak dapat sambut raya dengan keluarga di KL. Menangis jugalah beliau tapi alhamdulillah sepupu-sepupunya ada bersama, dapat juga dia hilangkan rasa rindu pada keluarganya.


Suami menjadi imam solat sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya. Satu pengalaman dan kenangan yang sangat berbeza. Nampak beliau berlatih dan mencari teks khutbah paling sesuai untuk disampaikan pada ahli keluarga. MashaAllah memang sampai ke hati ucapannya. Musibah yang melanda kita sekarang ini tidak sesukar dugaan yang pernah dilalui oleh para Nabi dan Rasul dan umat terdahulu. Maka bersyukurlah sentiasa dan hadapi setiap dugaan dengan tenang.

Selesai solat dan khutbah, sesi bermaafan dan bergambar. Lepas tu apa lagi zoom dan video call dengan kaum keluarga yang berada di Malaysia. Alhamdulillah semua sihat dan tenang menghadapi dugaan.


Keluarga saya di Kuala Lumpur


Video call dengan ibu mertua


Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sangat sederhana, tapi saya bersyukur masih dapat bersama sama meraikan bersama suami dan anak anak tercinta. Dari segi amalan kerohanian juga pada saya lebih baik dari tahun tahun yang sudah (Allah sahaja yang maha mengetahui). Dapat khatam Al-Quran, dapat selesaikan puasa sunat enam, dapat terawikh cukup bersama suami dan anak anak dan dapat elakkan banyak pembaziran. Syukur alhamdulillah.

Kini, kami menunggu sempadan di buka semula dan menanti kapal terbang untuk pulang ke tanah air. Semoga Allah rezekikan untuk kami pulang sebelum Aidiladha. Tentunya lepas habis kuarantin, saya dan suami nak pulang ke Bukit Damansara ziarah ayah dan ibu tiri saya. Kemudian pulang ke kampung ziarah ibu mertua. Niat di hati nak ziarah makcik pakcik saudara mara sekali inshaAllah.

Selamat hari raya Aidilfitri, salah dan silap harap dimaafi. Semoga kita direzekikan untuk menyambut ramadhan dan syawal 2021 bersama-sama dengan meriah tahun hadapan.





Be First to Post Comment !
Post a comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015