RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Sunday, 28 June 2020

Breakfast spot : Barbaguette Koh Samui.

Assalammualaikum w.b.t,
Hari ini nak berkongsi tentang satu cafe di Koh samui. 

Barbaguette  namanya. Ini website rasmi kafe BARBAGUETTE KOH SAMUI . 


Kafe Barbaguette ini terletak di Fisherman Village, Bophut, Koh Samui. Memang cantik area di sini. Pemandangan menghadap laut. Kalau tiada wabak covid, biasanya area ini akan ramai dengan pelancong dari luar negara. Susun atur kafe simple sahaja. Sesuai untuk lepak dan buat kerja. Internet di Thailand memang laju. Apalagi, berejam lah duduk di sini.


Pelbagai jenis pastries dan cakes.


Apabila menu sampai, terkejut saya. Waitress beri 2 jenis menu. Ada pelbagai jenis dessert, pastries, juices, sandwiches dan pasta. Rambang mata nak memilih. Tapi hati-hati ya, kalau ada tulis bacon dan ham tu, memang dijamin TIDAK HALAL.

Satu lagi menu khas untuk kopi. Kopi terbaik di sini dinamakan Sasatorn Coffee. Sasatorn Coffee ini dinamakan sempena nama pengasas kopi ini iaitu Sasatorn Sritongkul. Biji kopi sasatorn dipetik dari ladang di Utara Thailand dan diproses di sana lalu di bawa masuk ke seluruh Thailand termasuk Koh Samui.  MashaAllah saya yang tak minum kopi pun rasa teruja. Kata suami saya memang sedap kopi nya. Ada rasa smokey dan barista di sini pandai buat kopi. Tak hangit dan lemak sekali rasanya. 

Ini menu yang kami pilih. Alhamdulillah memang sedap dan addicted betul dengan kopi Sasatorn dan Teh Cha Yen di sini.



Saya memilih smoothies passion fruit bercampur Thai Bassil dan Mango tanpa gula. Segar yang teramat bila hirup. Lepas tu daun basil Thai tu ada rasa mint sikit tapi tidak terlalu kuat. Jadi memang kena dengan tekak melayu saya ni. 


Sandwiches dan pastries di sini juga lazat. Roti dan pastries dibuat segar setiap hari. Lembut dan gebu. Kalau tak kerana diet, 5-6 jenis pastries masuk mulut saya.

               

Mana tahu ada rezeki anda datang ke Koh Samui, boleh cuba sarapan di sini ya. Untuk yang kaki kopi, wajib cuba Kopi Sasatorn. Pasti balik Malaysia anda akan terkenang-kenang. Tapi jangan risau, anda boleh beli kopi yang belum dikisar di sini. Jadi, balik Malaysia boleh la brew kopi sendiri. 

Barbaguette ni dah jadi tempat lepak kami sepanjang berada di Koh Samui. Seminggu 1-2 kali mesti akan ke sini. Siap ambil OOTD bagai.


Inilah serba sedikit perkongsian saya untuk kali ini. Sampai berjumpa lagi dilembaran akan datang. Cerita saya dari Koh Samui sepanjang Covid 19, inshaAllah.






























Be First to Post Comment !
Post a comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015