RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Sunday, 12 April 2020

Surah Ghafir Ayat 44 untuk hati tenang hilang sedih - Ustazah Asma Harun

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera dan dilindungi dari wabak Covid-19 . 

Hampir sebulan kita berada di rumah. Kerajaan memanjangkan tempoh PKP agar rantaian covid-19 berkurangan dan moga-moga terus hilang dari bumi Malaysia. 



Saya masih lagi di Koh Samui. Nampak gayanya ramadhan kali ini saya sambut di perantauan. Tapi tak apalah, suami dan anak anak ada bersama saya. Itu yang lebih penting. Semua sihat sejahtera termasuk saya. Alhamdulillah syukur.

Dalam mengharungi bencana, kita perlu cari ketenangan. Perlu kekal positif dan teruskan kehidupan. Salah satu doa yang saya amalkan ketika sujud adalah dari perkongsian Ustazah Asma Harun dan Prof Muhaya. Mudah sahaja doanya dan sangat membantu saya menambahbaikkan amalan. Semoga Allah menerima doa-doa saya dan kita semua , amin ya rob ya mujib.

Caranya , setiap kali sujud , baca surah Ghafir ayat 44 :



Baca berulang ulang kali sehingga tenang hati hilang sedih. 
Seeloknya baca ketika sujud. Allah paling dekat dengan kita ketika kita sedang sujud. Niatkan sekali untuk pasangan kita.
Di sini saya kongsikan link untuk anda baca dan tengok ya. 

Video Perkongsian Ustazah Asma Harun

Perkongsian Ustazah Asma Harun

Saya juga ada 1 telegram channel khas himpunan tazkirah dan doa harian. Boleh klik link di bawah untuk dapatkan access telegram ini ya : 

Tazkirah dan himpunan Doa

Selamat beramal dan boleh kongsikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

Sampai berjumpa lagi.






Be First to Post Comment !
Post a comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015