RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Monday, 30 September 2019

Pemeriksaan Mamogram dan HPV DNA Percuma

Assalammualaikum w.b.t,

Sejak akhir-akhir ini, saya dapat banyak berita sahabat sahabat saya diuji dengan penyakit kanser payudara, dan kanser pangkal rahim.Mereka masih lagi berjuang menentang kanser. Keluar masuk hospital melakukan rawatan  kimoterapi hingga kurus badan. Saya doakan semoga segera sembuh dan dipanjangkan umur, amin ya rob.

Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ada disediakan program Ujian Mamogram dan HPV DNA secara percuma. Saya pun baru tahu tentang perkara ini. Jadi, saya kongsi di blog agar dapat dimanfaatkan info ini. 

Ujian mamogram adalah pemeriksaan sinar - X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara. Mamogram dapat mengesan payudara pada peringkat awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai pada payudara. Jangan risau, pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita dan ianya adalah selamat.

Ujian HPV DNA pula merupakan ujian peringkat awal kanser serviks. Ujian ini menggantikan ujian pap smear. Ujian HPV DNA didapati lebih berjaya mengesan kehadiran kanser serviks lebih awal dengan mengesan kehadiran virus HPV 16 dan 18. HPV atau Human Papilloma virus merupakan penyakit kelamin orang dewasa yang boleh menyebabkan jangkitan pada pangkal rahim wanita. 

Di Malaysia, suntikan vaksin HPV diberikan secara percuma kepada pelajar perempuan Tingkatan 1. Untuk keterangan lanjut, boleh layari UJIAN MAMOGRAM DAN HPV DNA

Syarat kelayakan : 

Ujian Mamogram 
1) Wanita warganegara Malaysia @ Penduduk Tetap.
2) Berumur 40-70 tahun.
3) Pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan. 
4) Bagi wanita yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, subsidi RM50.00  diberikan dengan syarat :
    4.1) mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
    4.2) wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram.
5) Bagi wanita berumur 35-39 tahun hendaklah menepati kriteria berikut:
  5.1) mempunyai sejarah keluarga yang menghidap barah payudara sebelum umur 40 tahun.


Ujian HPV DNA 
1) Wanita warganegara Malaysia @ Penduduk Tetap
2) Berumur 30 hingga 65 tahun
3) Dalam Kumpulan B40 / M40 (tangga pendapatan / gaji)
4) Berkahwin / pernah berkahwin

Proses Permohonan

1) Klik link di bawah : 


2) Isikan maklumat diri :



3) Isikan kriteria dengan tepat :

4) Simpan dan cetak slip pendaftaran :



5) Semak Klinik atau pusat mamogram yang berdekatan :



Untuk informasi lebih lanjut, boleh layari website www.lppkn.gov.my

Saya berharap lebih ramai rakan wanita saya dapat melakukan pemeriksaan ini secepat yang mungkin. Pemeriksaan percuma ini akan tamat pada Disember 2019. Jadi masih ada 3 bulan lagi untuk buat check up. 


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog saya. 

Sehingga berjumpa lagi.






Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015