RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Tuesday, 27 August 2019

Drama Sweet Dreams


Assalammualaikum w.b.t,

Kali pertama menulis review tentang drama. Rasa risau pulak takut tersalah tulis. Apapun tulisan ini adalah pendapat peribadi saya ya. Jangan disimpan di dalam hati selepas membacanya.  

Mulanya memang tak follow pun drama ni. Entah macam mana, satu hari tu balik dari kerja, saya tengok anak anak dan pembantu rumah ralit tengok tv. Bila tanya Awra jawab, 'best ibu drama ni. Jomlah tengok sekali". Tapi sebab badan dah letih, jadi saya kata weekend la nanti kita layan sama-sama. 

Jadi weekend lepas dengan semangatnya anak sulung saya menunggu saya , siap ada makanan bagai nak layan drama ni. Anak no 2 pun tak padan kecil, mulut asyik la bercakap "best ibu best ibu".

Maka terjebaklah si ibu ini dengan Drama Sweet Dreams.

Rupanya, memang sweet sangat drama ini. Dibintangi oleh Mira Filzah sebagai Putri, Ben Amir sebagai Qash Adam, Sean Lee sebagai Karl, Yuna Rahim sebagai Cempaka, Datin Sri Nina Juren sebagai Puan Lola, dan ramai lagi barisan pelakon tambahan yang pada saya sangat pandai berlakon dan tak over. 

Drama ini diarahkan oleh Michael Ang. Michael Ang juga adalah salah seorang pelakon dalam drama ini. Drama ini diadaptasi dari Novel bertajuk Sweet Dreams karya Acik Lana. Boleh klik Sinopsis Drama Sweet Dreams untuk tahu jalan cerita drama ini.




Apa yang saya suka tentang drama ini? 

1)  Sound track 

Soundtack Ilusi nyanyian I Am Neeta memang kena betul dengan drama ini. Berhantu sungguh sampai hari - hari nak dengar.



Selain Ilusi, drama ini juga menyelitkan lagu Jatuh Cinta dari I Am Neeta. Berbunga - bunga hati dengar lagu Jatuh Cinta. Lagu ni dah lama sebenarnya. Tapi rezeki I Am Neeta, naik balik lagu ni. Cubalah dengar, pasti terberangan sama. 😂 




Lagu Sakit pun tak kurang bestnya. Setiap kali watak utama bergaduh, keluar lagu Sakit  dari I Am Neeta juga. Mana tak berderai air mata. Haha over tau. 





Bila adegan 'Halal Gap' keluar, produksi guna pulak lagu Belum Tiba dari Nastia feat Liyana Fizi. Pandai betul produksi pilih lagu.  Muzik latar penting tau. Kalau tak iya-iya, tak sesuai dengan jalan cerita, kelaut drama nya. Tapi setiap lagu yang mereka gunakan, lirik dan melodi lagu sangat tepat dengan situasi dan adegan. Itu yang lagi seronok tengok.



2) Pemilihan pelakon

Pada saya, pemilihan pelakon nya berjaya menghidupkan jalan cerita. Sebenarnya saya tidak pernah mengikuti sangat lakonan Mira Filzah, apatah lagi Ben Amir.  Ramai kata Mira berlakon kaku.  Tapi kali ini pada saya , lakonan Mira sangat baik dan bersahaja.


Ben Amir lagilah . Dulu tak kenal pun siapa Ben Amir ni. Dah tukar imej rambut panjang ni , melting menengoknya. 

Sean Lee aka Carl "Oppa comel" pun tak mengecewakan.  Jujur lakonan beliau. Sampai ke hati. 



Pelakon tambahan yang lainnya pun best. Tak over, tak kayu dan tak control.



3)  Sinematografi.

Alahai, memang cantik sangat. Tengok poster pun dah berbunga-bunga, apatah lagi sinematografinya. Menarik dan kemas. Saya tak pandai nak berbahasa filem, tapi drama ini memang sejuk mata bila menonton.



4) Jalan Cerita

Kita sedia maklum Michael Ang sudah memeluk Islam. Jadi banyak konsep ketuhanan dalam drama ini. Dalam mencari cinta manusia, jumpa Tuhan yang satu. Saya suka konsep dan jalan cerita yang disampaikan. Paling membahagiakan, tanpa ada adegan peluk-peluk pun saya boleh rasa perasaan cinta diantara watak yang dimainkan dalam drama ini. Syahdu oi. Drama ni suspens juga sebab tak boleh nak jangka apa endingnya. Itu yang jadi sasau menunggu episod demi episod tu. 



Inilah ulasan saya serba sedikit tentang Drama Sweet Dreams. Drama ini belum habis lagi tau. Boleh tonton di Astro Ria atau Astro Ria HD , pukul 10 malam , Isnin hingga Khamis. Jadi, selamat menonton dan angau. 


Hingga bertemu lagi, have a sweet dreams😍




Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015