RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Thursday, 15 August 2019

Bulan Tanpa Karbo

Assalammualaikum w.b.t,

Terasa lama tidak menulis. Hari ini terasa hendak menulis sementara ada idea datang.
Berat masa ni 62KG

Macam biasalah, hidup saya sejak beberapa tahun ini banyak fokus pada usaha untuk menurunkan berat badan. Selagi tidak capai berat badan ideal, selagi itulah usaha diteruskan. Jadi orang Malaysia memang makanan mewah dan pelbagai. Susah hendak tolak. 

Apapun, bulan ini azam dan semangat membara. Bila dah ada azam, jadi mudah. Oleh itu, sempena bulan kemerdekaan, saya isytharkan BULAN TANPA KARBOHIDRAT. 

Tajuk bukan main, nampak mudah tapi seksa juga. Sebenarnya saya sedang mencuba DIET KETO.



Diet keto adalah diet yang dilakukan dengan cara menerapkan pola makan rendah karbohidrat dan tinggi lemak. 

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca tentang DIET KETO di laman ini. 

Syarat diet keto adalah saya hanya boleh mengambil 20gram karbohidrat setiap hari. Fokus pemakanan saya adalah kepada makanan kaya lemak seperti : 
  • Telur, terutama yang mengandungi omega 3.
  • Daging, ayam dan produk daging lain.
  • Ikan tuna, salmon, makarel.
  • Krim, mentega dan keju.
  • Sayur hijau, tomato, bawang, cili dan sayur lain yang rendah karbohidrat.
  • Kacang dan biji-bijian, seperti almond, bijan, chia dan biji labu.
  • Avocado, boleh dimakan terus atau dijadikan jus.
  • Minyak zaitun, minyak avokado atau minyak kelapa.
  • Sedikit garam dan pelbagai rempah semulajadi.
  • Susu almond dan santan kelapa boleh digunakan dalam masakan.
Sementara itu, jenis karbohidrat yang perlu saya dihindari termasuk:
  • Nasi, pasta,cereal dan produk gandum.
  • Kacang dan biji-bijian.
  • Umbi-umbian, seperti ubi, kentang, keledek.
  • Makanan atau minuman manis, seperti kek, ice cream, jus buah dan soda.
  • Lemak tidak sihat dari minyak sayur atau mayonaise.
  • Minuman mengandung alkohol.
Pada mulanya memang rasa lain macam. Terasa seperti nak demam. Tapi bila dah masuk minggu kedua, perut terasa kempis dan badan terasa ringan.

Saya dah tak ambil sebarang supplemen bulan ini. Saya fokus pada pemakanan sahaja. Susu saya tukar dari susu lembu kepada susu badam. Garam biasa saya tukar kepada garam buluh. Gula biasa saya tukar kepada Sweetality. Tepung saya tukar kepada tepung badam dan tepung kelapa. Saya juga banyak makan sayur dan keju. 


Susu Badam

Low Carb Bread Mix - Keto Approved
Tepung Kelapa


Sweetality pengganti gula

Minyak Kelapa 


Garam Buluh
Ini antara produk yang ada di rumah saya dan saya gunakan. Peti sejuk memang penuh dengan sayur dan telur😅. Nak diet aje mesti telur makanan utama kan. Takde salahnya makan telur. Telur mempunyai protein yang tinggi, murah dan berkhasiat sebenarnya.

Selain itu, saya amalkan minum air masak 2 liter minimum dan air tanpa gula. Kalau teringin sangat gula, saya titikkan sweetality setitik. Itupun sangat jarang


Sebulan lagi kita tengok results macam mana. 

20kg nak dihilangkan ni. Semoga berjaya usaha saya kali ini.
Amin.

Cuba teka berat saya sekarang 😭

Jumpa lagi di lain lembaran.


Love, Hani.






Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015