RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Thursday, 20 June 2019

Selamat Hari Raya 2019

Assalammualaikum w.b.t,



Raya tahun ni terasa paling singkat. 5 hari sahaja berada di kampung, 3 hari sahaja berhari raya , Sabtu dah balik KL. 

Jadi tak sempat nak ziarah saudara-mara yang di JB. Tapi syukur alhamdulillah dapat juga ziarah adik beradik arwah mak di Simpang Renggam dan Pontian. 


Raya Pertama


Tahun ni pun tiada tema raya. Gambar raya pun ala kadar. Baru perasan tiada gambar raya dengan baba dan mak. Dengan adik beradik pun tiada. Mungkin sebab tahun ni adik yang bongsu beraya di KL dahulu, dan kami di kampung, jadi memang tak dan lah nak ambil gambar beramai-ramai.

Cuaca pun mendung aje di Johor. Hujan sebelah malam dan pagi, jadi suram aje . Tak tahulah kalau saya yang terasa suram. 

Mendung aje cuaca sewaktu ambil gambar. 

Petang raya pertama terus ke rumah mertua. Almaklum sekampung jadi alhamdulillah senang. Di rumah mertua program utama adalah bermaaf-maafan. Sebagai menantu bongsu, jadi nombor giliran tu jauh sikit lah. Dapatlah kawal emosi tu dari menangis haha.

Gambar bersama keluarga mertua di petang hari raya pertama. Inipun baru 50% dari keluarga yang hadir. Kalau semua ada, memang tak muat ruang nak bergambar.

Tapi raya kali ini ada kelainan bilamana keluarga mertua buat program tazkirah syawal. Ha giituuuu. Siap ada tetamu jemputan didatangkan khas dari seberang. PAK AGUS nama panggilan beliau.



Seronok rupanya bila ada sesi begini. Yela, bila keluarga besar, kadang-kadang banyak membawang dari bersembang. Bila ada program macam ni, at least banyak ilmu dan pahala dapat. Antara isi kandungan ceramah adalah manusia ciptaan Allah adalah penciptaan paling hebat. Dapat juga bertanya 1-2 soalan ketika program berlangsung. Bagaimana nak istiqamah membaca dan memahami Al-Quran, adab menegur orang tua dan ibu bapa, walimatulurus dan teknik mustajab doa. 

Sempat juga solat berjemaah pada waktu maghrib Isya' dan bersambung sesi soal jawab selepas solat. Banyak yang saya belajar dari program ini. Seronok dan rasa sebak pun ada. Banyak dosa memanglah sebak kan. 


Hari Sabtu memang dah nak balik KL. Pagi tu kami belanja keluarga mertua durian kampung. Rupanya Abang Ipar dah memang niat nak belanja Pak Agus durian, tengok-tengok kami dah beli. Itulah rezeki kan . Betullah Pak Agus cakap, jangan takut soal rezeki, kita doa, sangka baik dengan Allah , inshaAllah apa yang kita impikan, Allah akan makbulkan. 



Petang Sabtu selepas zohor kami bergerak semula ke KL. MashaAllah jam jangan ceritalah. Pukul 11.30 malam baru sampai rumah. Singgah solat jamak dan dinner dulu di RNR . Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi.

Raya masih berbaki 13 hari lagi. Minggu ni penuh jemputan rumah terbuka. Terima kasih pada tuan rumah yang menjemput. InshaAllah kami hadir weekend nanti. Cuma sejak viral isu tentang rumah terbuka dan anak-anak yang aktif ni, saya memang risau nak bawa anak anak beraya terutama anak bongsu saya. Risau takut rosak barang tuan rumah. Anak saya ni aktif jadi itulah tengah berfikir-fikir juga.

Puasa 6 saya masih berbaki 3 hari lagi. InshaAllah sempat lagi nak habiskan. Puasa ganti pun sama juga. Tahun ni nak istiqamah puasa sunat Isnin Khamis. Jadi kena latih diri puasa 6 dan puasa ganti secepat mungkin supaya lebih mudah proses istiqamah. 

Tahun ini juga merupakan ramadhan paling bermakna buat saya. Tak perlu tulis takut nanti orang kata riak. Cuma saya rasa bahagia dan tenang. Rasa seronok sangat sampai tak sabar menunggu ramadhan tahun hadapan. Dah terbayang-bayang nak bawa anak anak iktikaf di masjid atau surau. 

Apapun, dengan macam-macam isu viral tentang hari raya, kita cuba positifkan diri dan elakkan dari menyebar cerita-cerita negatif ya.


Selamat hari raya dari saya. 
Maaf zahir dan batin.





















































































Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015