RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Monday, 27 May 2019

Salam Ramadhan 2019

Assalammualaikum w.b.t,

Salam Ramadhan 2019. 9 malam terakhir dalam mencari lailatulqadar. Ramai sahabat yang memilih untuk qiam di surau dan masjid. Suami saya tak terkecuali. Seperti meninggalkan isteri ketika berperang rasanya. Hari-hari suami update banyak program di masjid untuk 10 malam terakhir. Seronok mendengarnya. Rezeki beliau bekerja sendiri boleh qiam di masjid fokus pada ibadah. 


Cantik view Masjid Wilayah hari ini


Alhamdulillah masih diberikan nyawa untuk berjumpa ramadhan tahun ini. Target saya untuk khatam Al-Quran buat pertama kali sewaktu ramadhan. Tak pernah berjaya kerana tak istiqamah. Tahun ini semangat lain macam. Dibantu pula dengan pembantu rumah menjaga anak-anak , alhamdulillah perjalanan untuk khatam Al-Quran dipermudahkan Allah. 


Tahun ini juga saya sedaya upaya memaksa diri untuk istiqamah solat terawikh. Tahun ini sama seperti tahun yang sudah, saya memilih melakukannya di rumah. Ada juga yang saya lihat terpaksa bertarawikh di hospital, menjaga anak-anak yang tidak sihat. Walau dimanapun kita berada, teruskan beramal. Moga terhapus dosa-dosa kita, diterima amal ibadah kita, ditunaikan doa-doa kita dan pengakhiran yang baik kita dikurniakan kepada kita.

Dua hari lepas status fb saya terpampang kembali mengenai tulisan Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Tulisan beliau seperti berikut:



Tersentak sungguh tapi memang benar. Saya semak balik doa-doa saya. Susah sebenarnya untuk saya betulkan niat dan hati serta meletakkan fokus doa kepada keredhaan Allah. Otak masih lagi fikir kejayaan dunia. 

Jadi apa saya buat saya google semua doa-doa selepas tahajjud, doa-doa selepas solat taubat, doa untuk anak-anak, doa untuk rumahtangga dan macam-macam doalah. 

Entah macam mana, Ustazah Norhafizah buat posting di ig beliau tentang satu doa ini :

Allahuakbar, terima kasih banyak - banyak kerana berkongsi. Semoga Allah melimpahkan pahala dan rahmatNya kepada Ustaz dan Ustazah . Dalam pencarian doa, saya terjumpa doa ini. Bagi saya doa ini merangkumi kesemua yang saya ingin perkatakan dan sampaikan kepada Allah demi masa depan saya di akhirat nanti. 

Untuk doa pada anak - anak , saya ambil dari blog ini Himpunan Doa untuk anak - anak .
Banyak doa yang boleh kita amalkan agar anak anak kita sentiasa dilindungi oleh Allah dan berjaya dunia akhirat , InshaAllah.

Sempena 10 malam terakhir ramadhan, saya doakan kita semua bertemu dengan lailatul qadar .


Di dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Nasa’I, daripada Abu Hurairoh telah berkata: "Ketika mana telah datang bulan Ramadan, telah bersabda Rasulullah SAW.
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatul Qadar sebaik 1,000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu," sabda Baginda. 

Semoga perkongsian saya ini memberikan saya ganjaran pahala yang tidak putus-putus ketika saya hidup dan selepas saya pergi meninggalkan dunia. Semoga segala dosa-dosa saya diampunkan oleh Allah S.W.T dan juga manusia yang mengenali saya.

Salam 10 terakhir ramadhan.

Raihani Ramelan





Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015