RAIHANI RAMELAN -  i am a writer

Thank you Allah for the wonderful life -- Hani Ramelan

Saturday, 23 March 2019

Syukur alhamdulillah saya ada kerja.

Assalammualaikum w.b.t,


Lama dah tak mengarang. Sibuk dengan kerja dan rumahtangga. Jadi bila ada masa rehat ni dan dari tak buat apa, bagus juga dapat mengarang.


Ramai anggap kerja makan gaji ni tak boleh nak kaya raya. Mustahil untuk capai status jutawan bila kerja makan gaji. Saya pun tak terkecuali mempunyai pemikiran sebegini. Memang betul pun kan, kerja makan gaji memang sukar untuk capai status jutawan.


Jadi, ramailah yang mahu mencuba berniaga. Saya juga tak terkecuali. Apatah lagi Rasulullah S.A.W juga seorang saudagar. Tapi saya lupa, sebelum Baginda bergelar saudagar dan ahli perniagaan, Baginda juga bekerja dengan manusia lain. Istilahnya makan gaji. 


Hakikatnya, tak semua akan dapat status jutawan. Ada sebab dan musababnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jadi, jangan selalu rasa rendah diri bila kita hanya kerja makan gaji. Tak salah kerja makan gaji seumur hidup. Walaupun tak menjadi jutawan, yanag penting kita perlu pandai manage kewangan kita dan hidup mengikut rezeki yang Allah aturkan untuk diri kita. Jangan ukur baju di badan orang. Memang tak akan sama. Niat kita kena betulkan. InshaAllah pasti hidup lebih bermakna dan lebih tenang.




Rasa rendah diri kena buang jauh-jauh. Kita kena tahu kehadiran kita dalam syarikat penting dan saling melengkapi. Walaupun ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan usaha dan kredibiliti kita, apa yang penting kita tahu kita dah buat sebaik mungkin dan lainnya kita serah pada Allah.  



Kadangkala, bila kerja makan gaji ni kita rasa kita dah buat yang terbaik dan layak untuk mendapat ganjaran. Tapi itulah, Allah pasti akan duga manusia untuk melihat kesabaran dan cara kita menanganinya. Saya pun tak terkecuali. Ada masanya bila keletihan dan kepenatan, atau ketika kemalasan melanda, cepat aje naik angin dan memberontak. Itu tak kena ini tak kena, padahal waktu tu lupa nak bersyukur dan bertenang. 


Alhamdulillah sesungguhnya kerja saya sekarang ini sangat menarik. Ramai teruja nak tahu tentang kerjaya saya sekarang. Saya sendiri masih teruja walaupun dah nak masuk 5 tahun menggalas tanggungjawab. Masih banyak yang perlu dipelajari. Saya berdoa semoga rezeki saya di sini masih panjang untuk melihat dunia dari kacamata seorang millioinare dan billionaire. 



Nampak kerjaya saya seronok dan glamour, tapi percayalah setiap kesenangan pasti didatangkan dengan pakej dugaan. Tapi alhamdulillah so far dapat manage dengan baik.



Nasihat saya, selagi masih diberi rezeki mempunyai pekerjaan dan boleh handle dengan baik, teruskan bekerja. Bekerja ni ibadah sebenarnya. Kalau kita faham konsep ibadah dalam pekerjaan, inshaAllah akan datang kemudahan dalam menyiapkan kerja kita. Walaupun kadangkala kita terkucil dengan emosi, tapi kita akan bangkit dengan cepat.



Tahun ini ada cabaran baru. Syarikat nak melebarkan sayap dalam industri makanan. Memang bidang yang lain sungguh dari sekarang. Tapi alhamdulillah berjaya juga ditubuhkan dan diberi nama RASA ROSZ. Bulan ini alhamdulillah dapat keluarkan trial pack untuk anda semua cuba.



Jadi begitulah kehidupan bila kita makan gaji. Rebut peluang yang diberikan dan sentiasa bertanya jika tidak tahu. Kena marah pun tak apalah tapi yang penting kita dapat siapkan kerja yang diberikan dan dapat ilmu baru. Rezeki gaji naik dan bonus tu akan datang juga eventually. Kena banyak sabar dan berfikiran positif.

So, jangan lupa untuk bersyukur ya. SYUKUR ALHAMDULILLAH KITA MASIH PUNYA KERJA.

Jumpa lagi di lain lembaran. 

















Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015