RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Wednesday, 20 February 2019

Law of Attraction

Assalammualaikum w.b.t

Selalu dengar kan tentang law of attraction. Apa benda sebenarnya law of attraction ni?

Kalau nak mudah faham, law of attraction ni sebenarnya lebih kurang berfikiran positif  dalam segala hal. Bersangka baik dan fikir yang baik baik, cakap yang baik baik, minta yang baik baik. Nampak mudah tapi nak istiqamah tu susah.
Kami di Lake Como, Italy

Kami di Manchester United Stadium - London

Orang bisnes memang kena positif sentiasa. Walaupun dilanda badai dan dugaan, kena teruskan perjuangan. Kejayaan kami ni kecil dibandingkan dengan ramai lagi kejayaan rakyat Malaysia di luar sana. Kalau tengok kejayaan mereka sampai tahap boleh hadiahkan kereta  pada suami, beli tunai pulak tu. Ada tu siap belikan mak ayah rumah dan setiap tahun pergi umrah. Memang teruja membacanya. Banyak lagi kisah kejayaan yang boleh dijadikan contoh. Dapat jadi booster untuk capai impian sendiri.

Kami di Montenegro

Dalam pada kita kejar kejayaan tu, pasti ada yang tak suka dan cakap cakap belakang. Itu normal. Lagi pula dalam bidang insurans dan takaful. Banyak dugaannya. Kadangkala terkucil juga jiwa melayan karenah manusia. Sebab tu pentingnya ada sokongan dari rakan perniagaan, mentor, keluarga dan orang orang sekeliling yang positif. Mencari yang positif untuk terus positif pun wajib dilakukan agar tak tersilap percaturan.






Apapun semua kejayaan dan rezeki di dunia ini dari Allah S.W.T . Bersangka baik dengan Allah, minta yang baik baik, dan InshaAllah dimakbulkan juga. Kejayaan dan nikmat kecil kita syukuri dan teruskan perjuangan untuk capai kejayaan lebih besar, di dunia dan di akhirat. Kurangkan membawang dan fokus pada diri sendiri. Sentiasa mencari ilmu dan jangan malu untuk bertanya jika tak tahu. Kongsi ilmu pada yang mahu belajar. InshaAllah pasti anda akan berjumpa dengan kejayaan yang anda impikan.




Hingga berjumpa lagi, salam positivity dari saya.










Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015