RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Monday, 30 July 2018

Metabolisma rendah rupanya. Patut tak kurus kurus.

Assalammualaikum w.b.t


Lama dah saya tak update blog. Niat ada tapi masa tak mengizinkan. InshaAllah lepas ni akan lebih istiqamah untuk menulis. Kalau tak, saya lupa nak tulis apa dan kemalasan pun melanda 😄.

Cuba test alat senaman baru.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang metabolisma. Awal bulan Julai tempohari,  saya pergi mendaftar di Curves Malaysia . Gym ini khas untuk wanita tau. 30 minit sahaja setiap sesi senaman dan sangat bagus untuk mereka yang mengalami sports injury seperti saya. Untuk next entri, saya akan cerita lebih banyak tentang Curves Malaysia ya.



Apa yang best tentang Curves Malaysia ialah mereka menyediakan perkhidmatan Body Composition Analysis. Ha apa benda analisis ni? Untuk senang faham, saya ringkaskan seperti di bawah:

Analisis ini bertujuan untuk melihat tahap kesihatan dan kecergasan saya. Dari analisis ini, saya dapat  memahami peratusan bahagian badan saya yang berlemak berbanding dengan bahagian badan saya yang bebas lemak. Ini termasuklah otot, tulang dan organ.

Alat yang digunakan untuk dapatkan Body Composition Analysis

Biasanya analisis ini akan dilakukan pada permulaan program penurunan berat badan atau kecergasan dan akan diperiksa berkala untuk memantau progress saya.

Untuk maklumat terperinci, boleh klik website ini : Body Composition and Body Fat Percentage

So, bila dah selesai analisis, of course la bacaan pun keluar.

Nak tahu apa bacaan saya?? Huhu malu nak share. Tapi demi kebaikan bersama saya share jugalah. 
- Body fat saya tinggi. 
- Metabolisma saya rendah.
- Muscle saya alhamdulillah normal.

Jadi, kesimpulannya, untuk saya capai BMI saya at least 65kg, saya kena hilangkan lemak di badan saya, naikkan kadar metabolisma saya dan naikkan muscle di badan saya. 

Pada anda yang belum faham tentang kadar metabolisma, di sini saya terangkan secara ringkas. Kalau nak penerangan lebih jelas boleh ke blog Zaki Khan .

Apa itu Kadar Metabolisma
Kadar metabolisma adalah kadar dimana badan kita membakar kalori,
Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisma yang rendah seperti saya. Ha, sebab tu kalau ada yang diet tapi tak susut berat badan, memang ada masalah dengan metabolisme rate. Walaupun saya dah susut banyak sejak memakai Premium Beautiful, tapi kalau ikut BMI, saya masih obese. Masih perlu bertindak untuk capai BMI saya.


Punca kadar metabolisma rendah.
1) Umur - semakin berusia semakin rendah kadar metabolisma.       
2) Hormon - biasa berlaku pada pengidap tiroid.
3) Jantina - metabolisma wanita memang rendah berbanding lelaki.
4) Keturunan - Keturunan sebelah arwah ibu memang mengalami masalah kegemukan yang ketara.


Dah tahu punca, jadi nak kena buat apa?

So saya mulakan rutin harian yang baru setiap hari. Saya panggil Cabaran 21 Hari. Chewah! 

1) Bersenam
Saya bersenam 30 minit setiap hari. Fokus pada cardio dan program senaman yang gymnasium sediakan. Di rumahpun boleh buat, ikut aje senaman di facebook atau youtube, inshaAllah pasti boleh turun berat badan.

     

2) Kawal Pemakanan
Buat masa ini, saya hanya boleh makan kurang daripada 1350 kalori makanan setiap hari. Kalau lebih berat akan naik, kalau kurang sangat pun tak boleh, nanti metabolisma saya semakin teruk. Kalau nak tahu macammana nak kira kalori, boleh pm tepi ya. Macam biasalah, elakkan dari makan makanan bergoreng dan berlemak. 21 hari aje inshaAllah nanti pasti akan jadi rutin.
Menu Lunch saya. Nasi sebesar penumbuk, protein sebesar tapak tangan.

3) Tidur Awal. 
Saya memang kepenatan dan tak cukup tidur masa di hospital. Jadi alhamdulillah Aisyah pun dah discharge dan saya mulakan kembali rutin tidur seawal jam 10.00 malam. Lagipun bagus supaya mudah untuk bangun tahajjud nanti. Saya faham kita ibu-ibu ni memang selalu tak cukup tidur. Apapun usahakan untuk  dapat tidur secukupnya ya.

4)  Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.
Bab minum air ni memang ramai dah tahu pun. Tapi ramai tak minum dengan konsisten. Jadi cubalah ye paksa diri untuk minum air dengan secukupnya. Air penting untuk bawa zat makanan ke seluruh badan dan otak kita. Air juga penting untuk buah pinggang kita. Jadi, tanpa air yang cukup, memang susah untuk turun berat badan.



5) Ambil Supplemen dan makanan kesihatan.
    Saya pastikan setiap hari saya ambil :
    
    5.1 GARLIC TABLET 
    Bantu bakar lemak, buang angin, kempiskan perut.

         

    5.2 SHAKE ME 
Agen pembakar lemak dan sumber protein. Ada garam buluh  di dalamnya.

   


    5.3 MIN CHA 
Minuman pengganti rendah kalori supaya saya tak craving benda-benda manis. Ada garam buluh di dalamnya.         
     5.4 N'LICIOUS
Membantu proses penghadaman dan pencernaan dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
       
     
Nampak banyak kan ? Inipun saya dah kurangkan sikit. Shake Me dan N'licious adalah 2 produk dari Set Kurus Kombo. Teruja tengok rakan kongsi dan Leader update keberkesanan dua produk ni dalam membantu untuk turunkan berat badan, saya terus grab dan cuba. 

Perbezaan ketara yang saya alami sejak amalkan Shake Me dan N'licious adalah saya tak cepat lapar. Malam pun lebih senang tidur, perut lawas dan senang membuang, dan kulit saya lebih bermaya gituuu. Ni dah masuk set kombo kerus yang kedua. Excited sungguh nak check result. 

Selain itu juga, saya turut amalkan 3 vitamin ni setiap hari. 
KALSIUM - untuk tulang dan naikkan metabolisma rate.
VITAMIN C - untuk kulit dan antibodi.
OMEGA Q10 - untuk otak.


6) Pakai Premium Beautiful setiap hari.

Walaupun pelbagai tohmahan diberikan terhadap korset kesayangan saya, tapi saya tahu Premium Beautiful banyak membantu saya untuk mendapatkan potongan bentuk badan ideal. Peha saya mengecil, pinggang pun mengecil, lemak di belakang badan pun hilang. Jadi, biarlah orang nak kata apa, saya tetap setia dengan Premium Beautiful korset.
    



Berat saya turun sejak sarung Premium Beautiful.
 Misi saya untuk capai 60-55KG.


InshaAllah dah cukup 21 hari nanti saya akan buat entri khas perkembangan saya dalam misi untuk capai berat 55kg. 

Pada kawan-kawan yang nak cuba Premium Beautiful dan Set Kurus Kombo, jangan malu jangan segan, whatsapp aje saya. Kami juga ada group untuk bantu rancang pemakanan dan senaman untuk anda yang berminat. 

Hani : 012 - 5592576



InshaAllah saya tak janjikan bulan dan bintang, tapi kalau kita istiqamah, pasti berjaya.

Jumpa lagi di tulisan akan datang.

Oh, sebelum tu, bolehlah intai-intai testimoni Set Kurus Kombo ya. Tak rugi mencuba.















Regards,

Raihani Ramelan.
Premium Beautiful Expert.
G8 Unity Business Consultant.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015