RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Saturday, 5 May 2018

Takaful dan Medical Card. Tak membazir ke buat simpanan ni?

Assalammualaikum w.b.t,

Entry kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang takaful. 

Perlu ke ada pelan Takaful dan Kad Medikal peribadi?

Jawapannya, WAJIB. Sebabnya, masa depan kita bukan terletak di tangan kita. Kita tak tahu bila kita akan sakit, bila kita akan mati, bila kita bertukar kerja dan bila kita memerlukan Kad medikal kita. 



Polisi pertama yang saya ambil adalah pada tahun 2006. Waktu ini saya muda, umur 25 tahun. Kerjaya pun bagus, syarikat pula beri coverage besar untuk wanita muda single seperti saya. Sepanjang 11 tahun hidup, semua syarikat yang pernah saya bekerja menyediakan faedah perubatan dan hospital untuk staff. Waktu itu, saya memang yakin saya akan bekerja hingga pencen dengan syarikat tersebut. Siap beli rumah menggunakan benefit yang syarikat berikan pada pekerja. Bonus pun selesa, hidup pun teratur. Kalau nak ikutkan tak perlu pun ada personal polisi dan medical card sendiri, tapi saya teruskan polisi saya. 

Akhir tahun 2016, saya diserang asthma yang teruk hingga terpaksa admitted di hospital. Mengandungkan anak ketiga dengan berat badan mencecah 96 KG, sememangnya komplikasi akan berlaku. Saya juga dah tak bekerja di multinasional organisasi seperti 10 tahun dahulu. Company tempat saya bekerja sekarang adalah start up private company. Jadi semua kos perubatan dan hospital perlu ditanggung oleh saya sendiri. Alhamdulillah sebab ada personal medical  card, kos rawatan saya ditanggung sepenuhnya oleh Prudential BSN Takaful. Admitted di Pantai Hospital Kuala Lumpur, bilik pun selesa dan bersyukur saya ambil polisi tersebut tahun 2006. Kalau tidak, mungkin saya tak mampu nak bayar bil hospital, dan terpaksa menunggu giliran di hospital kerajaan. 

Jadi, jangan pernah rasa rugi untuk memiliki polisi takaful dan medical card sendiri. Saya memiliki 5 polisi takaful dari Prudential BSN Takaful dan awal tahun ini saya tambah lagi untuk penyakit kritikal. Bukan sebab saya takut mati, tapi saya taknak menyusahkan ahli keluarga saya dengan bil hospital dan bil perubatan jika saya ditakdirkan sakit nanti. Almaklumlah, arwah ibu meninggal akibat sakit jantung, arwah adik asthma, ayah pula ada kencing manis. Jadi, memang saya sentiasa bersiap sedia.

Anak-anak saya pula setiap tahun at least sekali mesti admitted. Bukan kami minta anak anak sakit. Tapi mereka memang ada asthma dan pneumonia yang teruk, jadi memang senang sangat jatuh sakit. Alhamdulillah memang tidak pernah ada masalah dengan medical card dan process kemasukan hospital pun cepat. 


Jadi, nasihat saya, buatlah satu polisi takaful dan medical card untuk diri anda dan keluarga anda. Mungkin sekarang anda rasa rugi,tapi percayalah, anda pasti bersyukur punya polisi takaful ketika memerlukan satu masa nanti.

Cari agen takaful yang bagus dan jujur untuk servis anda. Boleh hubungi Azhar Suri 012-3508048. Sudah hampir 7 tahun menjadi  agen takaful sepenuh masa. Khidmat dan servis beliau sangat bagus. InshaAllah boleh membantu anda menyimpan pada pelan takaful yang bersesuaian dengan budget anda.


Jadi, jangan bertangguh lagi ya. Buat polisi ketika anda masih muda. Lagi muda lagi murah dan coverage pun besar. Untung sangat. 




Boleh juga whatsapp saya 012-5592576 untuk tahu pelan apa yang saya ambil. 

Terima kasih kerana membaca.

Jumpa di entri yang lain ya.

Raihani Ramelan.
G8 Unity Consultant
Premium Beautiful Expert


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015