RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Monday, 28 May 2018

NIAT APA HARI INI?

Assalammualaikum w.b.t,

Salam Ramadhan semua. Bersawang dah blog saya. Sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Tak sempat nak update blog. Hari ini terfikir tentang satu perkara. Penting perkara ni tapi saya selalu ambil sambil lewa. 

ALAM CIPTAAN ALLAH S.W.T


Apa perkara tu?

NIAT.

Dalam Islam, niat memang sangat penting sebelum kita melakukan apa-apa perkara. Sebagai contoh nak lebih senang faham, bila datangnya bulan ramadhan, kita akan ajar anak anak niat puasa sebelum tidur ataupun ketika sahur.

"Awra, dah niat ke belum?"
"Belum. Tapi kenapa kena niat ibu?"
"Kenalah niat, kalau tidak puasanya tak sah. Sia-sia aje berlapar."
"Tapi kenapa?"
"Supaya Allah tahu kita berpuasa ni untuk tujuan apa. Mencari keredhaan Allah atau kita saja ikut ikut orang berpuasa. Niat juga penting untuk membezakan antara satu ibadah dengan ibadah yang lain". 

Seperti di dalam blog Tuntutan Muslim  tentang hadis pentingnya niat dalam segala hal khususnya ibadah :

عََنْ  اََمِِيْْر الْمُؤْمِنِيْنََ  اََبِِى حَفْْصٍ عُمََرَ ابْنِ الْخَطَّّابِ رَضِيَ اللَّهُُ  عََنْهُ قَالََ  : سَمِِعْْتُ  رََسُوْلََ اللَّهِ صَلََّى  اللَّّهُ عََلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : اِنَّمَا الاَعْْمََالُُ بِالنِِّّيَّاتِ واِِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى  فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلَى اللََّهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ اِلَى اللَّهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَن كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا اَوِامْرَاَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ اِلَى مَاهَاجَرَ اِلَيْهِ . رواه البخارى و مسلم

Ertinya :
Diriwayatkan dari Amirul mukminin Abu Hafs Umar ibn Khottob r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Hanyalah amalan perbuatan itu tergantung pada niatnya . Dan hanyalah setiap orang itu tergantung pada apa yang diniatkan. Barang siapa yang berhijrah karena Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasulnya, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia harapkan dan kerana wanita yang hendak dia nikahi , maka hijrahnya menuju apa yang dia inginkan.
( H.R. Bukhori Muslim )


Saya selalu lupa tentang perkara ini. Kadangkala ada satu tahap niat saya itu bukan untuk mencari keredhaan Allah, tapi nak benda-benda duniawi yang boleh memuaskan hati.

Sebab manusia tak sempurna. Syaitan sentiasa menghasut manusia untuk lupa tujuan apa hidup di dunia.

Saya nak cerita tentang satu perkara yang terjadi baru-baru ini dalam hidup saya. 

Saya nak sangat tukar kereta. Dengan anak 3, tambah seorang pembantu rumah, jadi memang perlukan kereta 7 seaters. Niat awal saya adalah bila balik ke kampung, anak-anak dan pembantu rumah selesa sepanjang perjalanan. Mungkin niat saya itu betul, maka Allah permudahkan urusan saya survey tentang kereta yang  menepati syarat yang saya nak. Maka bermulalah episod google dan mencari kereta yang sesuai dengan budget.

Toyota Avanza

Tapi dalam masa saya googling dan buat survey, tiba-tiba dalam hati tu ada lintasan lintasan riak dan takbur. Tiba-tiba niat yang awal tadi supaya anak-anak dan maid selesa dah tukar. Dah kabur kabur aje niat tu. 

"Alah, kereta Toyota ni nampak biasalah, nak 7 seaters yang jenama 3 ring. Baru best bawa balik raya. Alang-alang beli, biar jenama cun terus."


Entah macam mana bila pergi showroom dan cuba pelbagai kereta, satu pun tak jadi beli. Rezeki Allah tak beri lagi sebab niat saya dah terpesong jauh dari landasan. Nasib baik saya tak commit untuk keluarkan kereta baru, kalau tidak, berhutang gali lubang tutup lubang. Kira Allah baik juga nak tolong sedarkan saya, kalau tidak, lagi mendapat. 

Sama juga bila mencari rezeki. Niat untuk apa dan untuk siapa sebenarnya kita bekerja keras siang dan malam. Saya percaya bila isteri niat untuk bantu suami, Allah permudahkan. Jika suami pula niat untuk memberi nafkah yang adil untuk isteri, Allah juga permudahkan. Niat perlu jelas. Sedikit menyeleweng pasti sukar untuk kita capai apa yang kita hajati. 

Part time mencari rezeki dengan Sahajidah Hai-O

Jadi kesimpulannya, sebagai manusia, kita memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Samada kita sedar ataupun tidak, kena banyak muhasabah dan betulkan niat kita. InshaAllah kehidupan di dunia ini Allah permudahkan untuk  kita mengejar akhirat. Rezeki juga akan datang seperti air laut tidak pernah kering. 

Wajib senantiasa berniat untuk bertaubat dan mohon Allah ampunkan dosa kita yang terlampau banyak. Semoga Allah menerima semua amalan kebaikan yang kita lakukan.

Tiada yang lebih baik di dunia ini melainkan iman dan amal. Tidak berdosa jika kita mahukan kejayaan dunia, jika niatnya betul, kerana Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. InshaAllah, dengan izin NYA juga. 

ANDA BERNIAT APA YANG UNTUK HARI INI?


KELUARGA KESAYANGAN HAMBA



Raihani Ramelan
G8 Unity Business Consultant
Premium Beautiful Expert

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015