RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Tuesday, 17 April 2018

G8 Unity Diamond Convention 2018


Assalammualaikum w.b.t,

Baru sempat update tentang seminar yang saya hadiri bulan lepas. Tak sangka sebenarnya terpilih di antara beribu ahli G8 Unity. Rasa bangga pun ada, rasa takut pun ada. Maklumlah seminar ini khas untuk bakal CDM pada tahun 2018 dan 2019. Bila dah title tu CDM, tanggungjawab pun besarlah. Jadi, memang berdebar sebab tak sangka saya boleh pergi jauh dalam bisnes Sahajidah Hai-O ni. 

Future G8 Unity Leaders

Tujuan utama Seminar ini dianjurkan adalah untuk memastikan bakal Leader bersedia untuk memikul tanggungjawab dan nampak dengan jelas hala tuju perjalanan perniagaan masing-masing. Diadakan di Hotel The Royal Chulan Damansara, memang aura seminar ini luar biasa. Barisan speaker yang memang hebat. Bukan setahun dua dalam bisnes SHOM, tapi dah bertahun dan masih unggul dalam melebarkan rangkaian perniagaan mereka. Jadi apa lagi kita belajarlah dari yang pakar kan?

Topik seminar kali ini sangat details dan berat. Untuk jadi Leader memang beginilah ilmu yang akan kita terima. Kejayaan dalam bisnes MLM memerlukan rangkaian perniagaan yang kukuh. Rangkaian perniagaan pula melibatkan manusia. Bila kita tarik manusia untuk berniaga bersama, jadi tanggungjawab kitalah untuk memastikan manusia itu faham dan berjaya bersama. Bab inilah yang saya masih belum mahir. Sebagai seorang usahawan mungkin saya mahir memasarkan produk saya. Tapi sebagai Leader, saya masih lagi bertatih. Nak naikkan semangat rakan kongsi, nak disiplinkan rakan kongsi, nak ajar rakan kongsi bina rangkaian dan banyak lagi benda saya perlu mahirkan. Jadi, seminar ini memang sangat membantu saya untuk fokus dan berani untuk membina rangkaian perniagaan saya.

The Diamond Circle Group - Kami adalah Pengguna Tegar Premium Beautiful yang akhirnya menjadi Usahawan. Kami adalah Premium Beautiful Expert.


Alhamdulillah, seronoknya timba ilmu. Sedih, gembira, terharu, sentap dan semua perasaan ada. Biar rasa dihati. Lambat atau cepat kita buat aje. Rezeki tak pernah salah alamat kan. Tidak akan berjaya dalam bisnes ini kalau nak kaya seorang diri. Biar rakan kongsi kaya sama, barulah saya boleh kata saya dah berjaya.


CDM Norain sebagai MC. Kecil molek tapi hebat orangnya. Mengendalikan seminar dengan cekap dan yakin. 



CDM Shaliza sebagai Speaker Pertama. Bagaimana kita membina diri ke arah pemimpin yang dinamik. Berat topik ni dan CDM Eija kupas satu persatu dengan jelas dan terperinci.


CDM Azizul seperti biasa dengan semangat kersani beliau. Mengupas tajuk tentang Social Media Presence. Bagaimana menggunakan platform media sosial untuk menjadi usahawan yang hebat.


CDM Cida mengupas topik tentang Pemimpin Beraura. Menangis dengar kisah beliau dan arwah ibu beliau. Memang hampir sama dengan sejarah hidup saya.

CDM Hanis Haizi . From Zero to Multi Million Empire. Aura beliau sebagai Leader dalam bisnes SHOM ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Kalau nak berjaya dalam bisnes MLM, memang kena berguru dengan beliau. Dari surirumah, boleh berjaya bina rangkaian perniagaan berjuta ringgit.

Selepas seminar memang perasaan membuak-buak untuk berjaya. Walaupun macam-macam halangan inshaAllah buat aje. Income dalam bisnes pun alhamdulillah menunjukkan peningkatan setiap bulan. Paling penting, kesihatan mental dan rohani banyak berubah. Buat bisnes tak sama dengan makan gaji. Makan gaji mental koyak pun duit gaji tetap masuk. Tapi bila buat bisnes, memang mental kena kuat. Positif dan memang bergantung harap sepenuhnya pada yang Maha Esa.

Jadi, pada sahabat di luar sana yang ingin membina kejayaan dalam perniagaan atau masih tercari-cari hala tuju kewangan anda, boleh hubungi saya. Kita buat sama-sama. Kita berjaya bersama-sama.

Hubungi saya 012-5592576 .

InshaAllah, robbi yassir wala tuassir.

Raihani Ramelan
G8 Unity Business Consultant.
TDC Premium Beautiful Expert.









Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015