RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Friday, 23 February 2018

THE LEGEND OF MAKCIK BAWANG

Assalammualaikum w.b.t,




Salam Jumaat, Salam Satu Malaysia gitewwwww. 

Cuaca di luar hujan lebat. Waktu paling afdal berdoa. InshaAllah dimakbulkan Allah.

Amboi title cerita hari ni kan, tak agak-agak.

THE LEGEND OF MAKCIK BAWANG.

hahahahaha! sendiri tulis sendiri gelak. Tengok gambar di atas tu antara rakan TDC sis yang sudah transform 360 darjah. Ramai lagi yang memang dah cantik jelita selepas menyarung Premium Beautiful. Dah cantik, poket pun penuh bila jadi usahawan SHOM.

Tak percaya ke makcik makcik bawang di atas dah transform?

Cuba tengok gambar di bawah ni.



TARAAAAAAA!!!! Cun kan? Berbeza usia berbeza latar belakang tapi punya masalah yang sama, iaitu KEGEMUKAN.

Ramai sangat di dunia ini mengalami pengalaman kegemukan yang dahsyat sehingga malas untuk melakukan anjakan paradigma untuk berhias demi diri sendiri, suami dan anak-anak.

Umur baru cecah 30 tahun tapi rupa dah macam 50 tahun. Masalahnya yang berumur 50 tahun pun cun.

Kenapa jadi macam ni?


  1. Sebab dah putus asa dan tak kuasa nak menguruskan badan. Segala macam produk sudah dicuba. Tapi produk tinggal produk, badan naik mencanak-canak.
  2. Tiada siapa yang tegur. Pada mereka yang ada suami yang menegur bila badan dah naik, ucapkanlah terima kasih pada suami kerana mengingatkan anda tentang kenaikan berat badan anda. Sebab apa, suami yang tak tegur, namanya tak prihatin. Sakit datang beserta kenaikan berat badan. Berat naik sakit datang. Ini bukan saya cakap. Ini satu dunia dah tahu.
  3. Memang anda suka dan anda rasakan gemuk is awesome. Yang ini sis tak boleh nak bantu. 
  4. Penyakit. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan yang menganggu hormon anda. Walaupun anda kawal pemakanan anda, tapi masih lagi tak berjaya turunkan berat badan.


Jadi, bagaimana dengan Premium Beautiful ni kami semua transform diri kami dari makcik bawang kepada Fattzura ?

Susah sis nak explain. Kalau sis cakap ada FIR dan segala scientific term lagilah korang tak faham kan? Jadi sis rumuskan begini ya:



Premium Beautiful adalah korset. Sejarah korset dari zaman revolusi Meiji sampailah zaman Rozita Che Wan memang digunakan untuk reshape bentuk badan wanita. Korang google aje pasti jumpa korset jenis sarang burung zaman inggeris hinggalah korset Saloma dan wanita jawa. Jadi, Hai-O mengeluarkan korset dengan teknologi moden dan terkini, yang diperbuat dari fabrik berkualiti tinggi yang tahan dan tidak panas demi keselesaan wanita seperti kita ni. Jadi, kalau nak cerita sejarah korset ni memang panjang. Cuma percayalah, memang itulah fungsi korset paling utama iaitu membentuk badan wanita menjadi lebih curvy, berlekuk, kemas dan terletak.



Kenapa orang jawa pakai bengkung kalau mereka nak pakai baju kebaya? Sis tanya dan sis jawab sendiri la ye. Supaya lemak lemak semua tu tersorok dari pandangan makcik makcik bawang yang lain. Kalau tak percaya, korang beli premium beautiful dan pakai waktu raya. Korang akan dengar makcik makcik bawang yang lain menegur korang, 

"eh, cantik badan kau Tipah.Dah macam Saloma. Pakai apa ye? Diet ke? Dah kena cerai ke? Makan hati ke?"

Kuang ajaq kan? sebab tu kita ni uuoolllss dah tak boleh masuk kategori makcik bawang. Dahsyat mulut depa. Sebab tu Premium Beautiful ni bertahan kukuh hingga sekarang ni sebab Premium Beautiful adalah korset yang sis jamin memang akan instant reshape badan korang. Postur badan korang pun cantik, duduk tegak aje. Lepas tu tulang belakang pun dijaga rapi oleh waist nipper premium beautiful. Sebab tu banyak testimoni sakit tulang belakang pakai korset PB ni. Bukan sahaja untuk cantik tapi untuk kesihatan.

Paling penting, apa yang sis paling suka tentang Premium Beautiful adalah, bila pakai PB memang tak boleh nak makan banyak. Sis tahu di luar sana ada masalah bila makan tak boleh nak berhenti. Kalau google dan baca mana mana majalah kesihatan lah, dah boleh hafal sifir untuk kurus, iaitu,  80% MAKANAN, 20% SENAMAN.


Tak percaya, pergi sign up gym selama 30 hari. Lepas tu korang bersenam selama 2 jam sehari. Balik bersenam korang mentakedarah macam biasa tanpa segan silu. Lepas habis 30 hari korang timbang. Korang rasa berat korang turun tak? Sis rasa samada maintain gemuk atau pun makin naik. Sebab itu kalau balik kampung sis pakai premium beautiful sampai 14 jam korang tahu tak. Sebab taknak terbabas makan. Kampung sis di Senggarang Batu Pahat Johor tu semua makanan murah dan delicious. Alah, kampung korang pun sama juga kan? Balik kampung je cheat day bukan sis tak tahu. 

Jadi, kesimpulannya, inilah 3 kehebatan korset Premium Beautiful dari kacamata pemakai tegar seperti sis. Senang kan nak faham ayat sis? Sebab tu sis kata, invest untuk diri sendiri. Korset Premium Beautiful ni seumur hidup warrantynya. Koyak boleh hantar repair. Dalam masa setahun boleh tukar size bila badan korang mengecil. Berbaloi ke berbaloi?

Sekarang ada pula installment plan.

Ada pula makcik makcik bawang yang lain cakap,

"Ukur baju di badan sendiri la Tipah oi. Dah takde duit dok sibuk berhutang nak cantik buat apa"

Aduhai Tipah. Kalau korang umur 60-70 tahun tu takpe juga lah kan, tapi umur belum cecah 30 tahun, anak baru 1 tapi dah macam makcik bawang, sanggup ke? Suami memang takkan tegur sebab takut korang melenting, tapi sekarang biar sis tegur. Realitinya lelaki suka yang indah. Itu dugaan lelaki. Memang lelaki dugaan utama mereka adalah POMPUAN. KITA NI POMPUAN. Kalau kak Sajat sibuk berbengkung bagai, yang kita ni lemak terburai macam zombie dah kenapa?

Jadi, invest untuk diri sendiri ya korang semua. Sis boleh fitting PB dan consult korang supaya lebih berkeyakinan dan paling penting , bila korang gembira dan bahagia, automatik seisi rumah korang akan bahagia dan ceria sama. Penting kita sebagai ibu dan isteri ni gembira. Percayalah korang sis tak tipu.

Maka, kami bekas bekas makcik bawang mengalu alukan kedatangan korang semua di group kami. Group kami yang sangat positif, lebih berwawasan, lebih gembira dan lebih bahagia. 

Kalau korang nak join, jangan risau sis boleh tunjuk ajar. Dunia akhirat kita berjaya.

Sampai berjumpa lagi.

Salam sayang dari sis.

Raihani Ramelan
TDC Premium Beautiful Expert
G8 Unity Business Consultant

#sayonaramakcikbawang
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015