RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Monday, 5 February 2018

Nak hilangkan perut buncit ? Ini caranya

Assalammualaikum,

Selamat pagi. Didoakan sahabat yang membaca blog Hani sihat sejahtera hendaknya.

Biasanya bila hari Isnin ni ramai yang buat resolusi untuk turunkan berat dan hilangkan perut buncit.



Sebenarnya perut buncit ni petanda atau signal badan dah terlebih berat. Bila terlebih berat, simptom lain yang biasa saya alami dulu adalah sakit kaki, sakit pinggang dan rasa lesu berlebihan.

Selain dari tiga simptom ni, saya rasa sangat tak selesa, nak bernafas pun susah.


Saya tudung oren sewaktu ada masalah berat badan


Jadi, bila malam-malam sebelum tidur tu saya google, tengok petua untuk hilangkan perut buncit dan juga bisa-bisa kaki saya ni.

Bila google, antara petua yang paling banyak di google search adalah bawang putih.






Kebanyakan petua memang akan mengamalkan bawang putih sebagai salah satu bahan utama untuk mengempiskan perut. Baca di blog ini berkenaan dengan garlic dan perut buncit Raw Garlic and Bloating .

Lepas tu, saya pun google resepi untuk mengempiskan perut guna bawang putih . Saya Google dan terjumpa blog ni  Petua kempiskan perut dengan bawang putih . Blog ni guna 3 ulas bawang putih yang di bakar. Selepas itu makan sebelum sarapan.




Maka saya pun gigihlah bakar bawang putih. Sekali lepas bakar nak telan tak boleh. Muntah balik. Hadoi la hai seksa betul dengan bau nya mashaAllah. Tabik spring siapa yang boleh telan bawang putih mentah tu setiap hari.

Jadi saya pun lupakan hasrat untuk telan bawang putih seketika dan malas la nak layan masalah perut buncit saya ni. Sampailah ramai tegur badan dah naik, pergi event pun susah cari baju. Belum masuk lagi bab kena sindir dan asyik jadi bahan lawak jenaka. Padahal takde la gemuk mana tapi nak buat macam mana. Dah environment kerja saya memang kena kurus. Memang stress tak boleh nak cakap lah. Senyum aje bila kena kutuk tapi dalam hati tu memang dah berbisik-bisik kena buat sesuatu juga kan.

Saya tudung kuning sewaktu event petang Raya Dato Sri Bernard Chandran

Saya google lagi dan akhirnya terjumpa supplemen yang diperbuat dari 100% extrak bawang putih iaitu GARLIC TABLET dari Sahajidah Hai-O.




Saya order 2 botol. Saya makan 2 biji waktu pagi sebelum sarapan dan 2 biji sebelum tidur.Harga pun berpatutan. Alhamdulillah dalam sebulan dapat result yang saya nak. Pagi bangun tidur senang membuang. Angin dalam badan pun beransur hilang. Perut pun kempis. Rupanya banyak lagi kelebihan garlic tablet ni yang saya tak tahu. 

1) Gastrik - amalkan tablet bawang putih ni inshaAllah gastrik berkurangan.

2) Angin - Angin dalam badan memang penyebab lesu dan lemah badan. Bawang putih dapat bantu keluarkan angin dalam badan.

Banyak lagi lah kebaikan garlic tablet seperti di bawah ini?



Testimoni pun banyak. Antara testimoni Garlic Tablet.









Kadang-kadang supplemen bagus ni kita perlu war-warkan supaya tak terjebak dengan supplemen yang tiada kelulusan KKM.

Jadi kalau anda ada tanda-tanda seperti di bawah ni boleh cuba Garlic Tablet ni. InshaAllah kita usaha Allah juga penyembuh segala penyakit.

Untuk pembelian boleh whatsapp Hani 012-5592576.

Terima kasih sudi membaca.

Jumpa lagi di lain lembaran.

Raihani Ramelan
Premium Beautiful Expert
G8 Unity Business Consultant.


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015