RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Thursday, 15 February 2018

My Endless Love PREMIUM BEAUTIFUL

Assalammualaikum w.b.t,

Saya nak cerita tentang bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan premium beautiful.

Majlis persandingan di rumah saya
Premium beautiful atau PB diperkenalkan oleh arwah adik saya sekitar tahun 2006-2007. Pada waktu itu arwah adik memang aktif menjalankan perniagaan Hai-O. Jadi kami adik beradik pun support perniagaan arwah dan beli korset premium beautiful daripada arwah. Masa saya kahwin dan bersanding pada tahun 2008 pun saya memang mengenakan korset PB.   



Majlis persandingan di rumah suami

Kurusnya waktu bersanding dulu. Tapi takpe inshaAllah akan dapat juga bentuk badan tahun 2008 ni. Lepas berkahwin, saya pindah rumah  dan korset PB saya hilang. Waktu tu tak rasa perlu pakai premium beautiful ni sebab lepas bersalin anak pertama pun berat badan saya cuma 61-62kg sahaja. Tapi entah macam mana selepas 7 bulan bersalin berat saya naik. Tapi waktu tu saya memang banyak makan kerepek di office. Saya perasan bila saya di pindahkan dari PJ ke HQ, saya tidak banyak bergerak. Waktu tu pulak saya jual kerepek, jadi banyak sample kerepek atas meja. Tapi saya tak sedar lagi sehinggalah apabila badan saya sudah cecah 75- 76kg pada tahun 2011. Bila saya mengandungkan anak kedua saya dan melahirkan beliau pada November 2012, berat saya tak turun. Kekal di 83-84 kg. Sampailah masuk tahun 2015, berat turun naik turun naik tapi tak turun bawah 75kg pun. 

Entah macam mana , saya terpandang Suhaili Isa punya posting di FB.  Saya follow tulisan beliau di facebook dan seingat saya awal Februari 2016 saya contact beliau untuk fitting badan saya.

Suhaili datang ke rumah terus fitting dan dapat aje PB, terus saya sarung. 

Status saya di FB dan Insta masa mula-mula pakai PB.

Tapi dapat sarung sekejap aje sebab balik dari trip Scotland dan London, saya pregnant pada May 2016.

So alhamdulillah saya melahirkan anak ketiga pada 29 Januari 2017, dan masa dalam pantang saya menggunakan bengkung tradisional yang disediakan oleh Bidan yang menjaga saya. Lepas habis 30 hari confinement package, saya masih belum lagi memakai PB . Saya lengah - lengahkan sampailah habis 44 hari dan saya mula bekerja.

Bila dah mula kerja, dan dah sibuk, tak sempat nak jaga makan, saya perasan badan saya naik balik. Pulak tu menyusukan anak, memang lepas menyusu lapar bukan main. So dari lepas habis pantang bulan March 2017 sampailah hari raya aidilfitri, saya masih lagi tak sarung PB yang saya beli dengan Su.

Hinggalah pada hari raya ketika beraya di Senggarang. Bila saya ambil gambar dan segala lemak kelihatan terbonjol keluar, dan saya nampak begitu bloated dan mengembang menyarung baju kurung moden, saya terus tersedar. 


Gambar ni la yang menyentap sanubari, Tengok lemak belakang badan saya
"Tak boleh jadi ni' , bisik saya. 

Balik cuti raya, saya terus istiqamah menyarung PB setiap hari . Dari bulan Julai hinggalah waktu saya menulis di blog ini, saya sarung PB setiap hari. Sampai beli 1 set lagi sebab rasa berbogel kalau tak pakai PB.

Alhamdulillah, memang betul-betul berkesan.

Lemak di belakang badan dah tiada.

Sakit pinggang sebab menyusukan anak pun dah tiada.

Saya lebih cergas badan pun rasa sungguh ringan.

Saya lebih berkeyakinan.




So, bila badan dah cantik, berat dah turun, maka ramai bertanya. Saya contact Suhaili untuk tahu tentang bisnes plan. Oh mudahnya power plan yang Su bentangkan. Tak berlengah lagi terus saya keluarkan modal dan ikut power plan G8 Unity. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan, saya dapat menjual semua PB saya. Modal dan profit pun besar. Hingga hari ini, 19 set korset Premium Beautiful telah saya pasarkan dan rata-rata semua client saya berpuas hati. 

Apa yang jelas, dengan hanya bisnes premium beautiful saya dapat 3 perkara :

Kesihatan, Kecantikan dan Kewangan.

Jadi, pada rakan di luar sana yang masih lagi struggle untuk menurunkan berat badan dan reshape badan anda, dapatkan premium beautiful dengan segera. Saya boleh consult dan bantu anda untuk mendapatkan size yang bersesuaian dengan ukuran badan anda.

Pada sahabat yang mahu tahu tentang power plan G8 unity dan business plan, pun boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda menjana pendapatan lumayan dengan premium beautiful.

RAIHANI RAMELAN : 012-5592576

Saya suka quote ini dari Leader saya Puan Suhaili Isa :

"Kalau kita ukur kemampuan kita...memang tak mampulah kita nak capai dalam waktu singkat. Kita kene ukur kemampuan Allah. Allah can do anything. Kun fayakun"

Salam sayang dari saya, 

#yourpremiumbeautifulexpert

Raihani Ramelan
G8 Unity Business Consultant

2 comments on "My Endless Love PREMIUM BEAUTIFUL"
  1. saya pun suka pakai korset untuk betulkan postur badan. rasa berbaloi bila kita beli sesuatu yang berkualiti. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dah tak pakai korset lain dah sejakk kenal premium beautiful

      Delete

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015