RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Saturday, 17 February 2018

Dari Kancil ke Bentley , Dari Honda Cup ke BMW


Assalammualaikum w.b.t,

Buat apa tu sahabat sekalian? Isikan masa cuti dengan perkara yang memberi manfaat dan membahagiakan.

Cuti macam ni biasanya saya suka duduk rumah. Tapi bila dah fokus bisnes, cutilah waktunya saya nak kembangkan lagi bisnes dan set up strategi untuk capai impian saya. 

Hari ini nak cerita tentang impian. Semua orang ada impian. Di sekolah bila cikgu tanya,

"Raihani, apa cita-cita kamu?"
"Nak jadi cikgu , Cikgu".

Hehe cita-cita zaman sekolah rendah tercapai sebenarnya. Saya jadi guru ganti selepas habis Tingkatan 6 selama 3 bulan. Alamak, bukan kerjaya yang sesuai untuk saya. Nak jadi Guru bukan mudah, perlukan kesabaran yang paling maksimum tingginya. Apapun dapat merasa jadi cikgu juga kan?

Bila dah masuk universiti, impian dah bertukar. Nak kerja dengan gaji RM3,000 sebulan. Masa tu nampak gaji RM3,000 besar. Tapi alhamdulillah dapat juga capai. Cuma bila dah capai, expenses semakin meningkat dan rasa nak lebih lagi.

Tamaknya, tak bersyukur ke?

Bersyukur dan membina impian adalah dua perkara yang wajib ada. Bersyukur tidak bermaksud kita tak boleh bina impian. Nak bina impian tak bermaksud kita tak bersyukur. Kedua-duanya perlu saling melengkapi barulah impian kita itu mampu memberikan kehidupan yang lebih baik.


Dari Kancil ke Bentley, Dari Honda Cup ke BMW

Kakak saya bersama Kereta kedua beliau Perodua Kelisa. Gambar dengan Kancil tak dapat nak cari.

With one of her car. Bentley



Impian suami yang ditulis di vision board beliau tercapai 2 tahun lepas


Penting ke punya impian?

Penting. 

Kenapa penting?

Agar kehidupan lebih baik.

Tidak baikkah kehidupan sekarang?

Masih belum baik.

Dari segi apa yang belum baik?

Dari banyak segi. Amalan, kewangan, dan cara hidup.

Bagaimana nak pastikan kehidupan menjadi lebih baik?

Dengan kebebasan kewangan. 

Adakah kehidupan yang lebih baik itu hanya tertumpu kepada kewangan semata-mata?

Pada saya kewangan memainkan peranan yang penting. Tapi untuk dapatkan kebebasan kewangan, satu yang saya tahu, amalan kerohanian saya perlu selari dengan impian saya. 

Sebagai seorang muslim, apapun alasannya, Allah sahaja yang akan memakbulkan permintaan dan doa kita. Sudah dinyatakan secara jelas dan terperinci di dalam Al-Quran.

 Surah Al-Baqarah ayat 186 :

"Dan apabila hamba hamba KU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka). AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada KU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah KU), dan hendaklah mereka beriman kepada KU supaya mereka menjadi baik serta betul"

Surah Ghafir ayat 60 :

"Dan Tuhan kamu berkata, "Berdoalah kamu kepada AKU, pasti Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada KU, akan masuk neraka Jahannam dalam keadan hina".


Saya dikurniakan jodoh dengan lelaki yang baik dan ada impian seperti saya. Tetapi satu masa dulu susah saya nak terangkan pada beliau tentang impian saya, tapi alhamdulillah doa saya Allah tunaikan. Suami akhirnya berjumpa kerjaya yang boleh merealisasikan impian beliau. Bermula dari bawah, 7 tahun sudah berlalu. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi banyak yang telah beliau capai. Menjadi seorang suami dan ayah dan anak dan hamba Allah yang lebih baik,  

Suami tidak pernah beli kereta. Beliau hanya ada motor. Ketika itu kereta saya adalah Proton Gen 2, saya beli betul-betul sebelum perkahwinan kami tahun 2007. Kewangan tak mengizinkan untuk punya dua kereta. Takut untuk ada komitmen sebab kerja makan gaji. Tapi impian kuat dan kami terus mencari jalan untuk capai kebebasan kewangan yang kami impikan.

Tapi bagaimana kami bermula capai impian?

Kami mencari. Mencari dan terus mencari sampai jumpa. Nak cerita sejarahnya macam-macam. Jual nasi lemak, jual kerepek, sebarkan flyers berantai di peti pos rumah flat Sek 7 Shah Alam yang kami sewa, berniaga jamu dan kosmetik di pasar tani, dan macam-macam lagi. 

Pernah rasa at the lowest point whereby I resigned in 2011 and business doesn't turned up to be what i targeted it to be. 6 bulan saya tidak bekerja, waktu tu pula bonus syarikat adalah yang paling tinggi. 9-12 bulan saya tengok di facebook kawan-kawan pejabat share kegembiraan mereka. Pada waktu itu suami baru mulakan langkah sebagai agen insurans. Kami jual kereta, kami stop segala subscription. Astro, wifi, tak pasang aircond dan water heater dalam rumah, makan semua bercatu. Sebab saving saya waktu tu cukup untuk 8 bulan. Gaji suami pun tak besar. Anak seorang. 

The best thing when you are at the lowest point is that you learned about human behavior. Siapa kawan siapa lawan. As usual my eldest sister came in rescue and she gave me RM9,800 to settle my Proton Gen 2 loan. Bila kita nak jual kereta, tapi market value kereta tersebut lebih rendah daripada baki pinjaman, maka kenalah tambah duit. Pada masa yang sama, kakak saya beri saya pakai kereta Honda City untuk kegunaan kami. Saya guna kereta Honda tu hampir 3 tahun sebelum berjaya beli 1 Honda Vios dan 1 BMW untuk kegunaan kami. When you have sibling as kind as her, it is a bless from Allah. Indeed, manusia yang sentiasa menolong manusia yang lain, rezeki Allah beri seperti lautan. Tak pernah surut. 

With my sister Azimut Yacth 

US

Bila keluarga sokong apa yang kita buat, perjalanan bisnes pun lancar. Adik saya yang bongsu adalah antara manusia yang sentiasa beri referral tentang bisnes suami pada kawan-kawan dan keluarga belah suami beliau. Alhamdulillah punya adik beradik seperti mereka berdua. Jadi, dalam pada kita rangka impian kita, selitkan sekali doa doa yang penting untuk ahli keluarga. InshaAllah mudah impian terlaksana. 

Jadi, tak salah punya impian yang besar. Tak tercapai dek akal pun tak apa, janji kita faham dan memang nak capai impian tu. 

Kalau kakak saya boleh, dari pakai kancil sekarang pakai Bentley,

Kalau suami saya boleh, dari Honda cup ke BMW,

KENAPA TIDAK SAYA? 

Jadi impian saya tahun hadapan untuk memiliki kereta Audi Q3 dengan perniagaan Sahajidah Hai-O saya. 



Kenapa Audi Q3? Sebab malam tadi saya dengar sharing video kejayaan wanita muda dalam bisnes beliau dan beliau beli kereta Audi. Tak tahu kenapa, cerita beliau sangat dekat di hati. Tengah malam tadi lepas habis dengar tu, saya terus google website Audi. Cantik Q3 ni, inshaAllah kalau saya usaha dan doa betul-betul, boleh dimiliki sebelum hari raya tahun hadapan.

INSHALLAH. 

Dream Big! See you at the top!!!

Hingga bertemu lagi, 

Semoga memberi manfaat dan membuka minda rakan-rakan untuk tanam azam dan impian.

Raihani Ramelan
Premium Beautiful Expert
G8 Unity Business Consultant







Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015