RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Tuesday, 20 February 2018

BIG WHY ? WHY BIG?

Assalammualaikum w.b.t,


Pukul 11.39pm. Hari ini memang hari takde mood sedunia. Parcel tak sampai-sampai. Badan pun tak sihat. Gagahkan juga pergi ke Tabung Haji. Lega urusan dah settle. Ingat nak tidur awal tapi teringatkan ada task perlu disiapkan. Paksa diri bangun ambil laptop dan mula menulis. 


Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Semalam pergi seminar Najib Assadok nak belajar macam mana nak roketkan sales di facebook. Dalam seminar tu Tuan Najib ada tanya tentang YOUR BIG WHY. Lambat saya nak tulis apa big why saya. Orang lelaki tentulah Ibu. Lebih lebih lagi bila ibu masih ada dan boleh berbakti pada mereka. Saya mak dah meninggal, adik pun dah meninggal. Kakak dah kaya raya, adik bongsu pun alhamdulillah selesa hidupnya. Ayah dan ibu tiri pun hidup selesa. 

Mula-mula saya letak anak-anak sebagai big why saya. Selepas  itu, saya letak suami sebagai big why kedua. Lepas dah tulis tu saya baca banyak kali. Betul ke big why aku ni anak-anak? Tapi kenapa aku tak rasa dari dalam hati anak-anak sebagai big why? Suami? Pun tak rasa. Bukan tak sayang suami, tapi saya tak rasa push factor tu kuat bila meletakkan anak anak dan suami sebagai big why saya. 

Ada ke yang tak tahu tentang BIG WHY? 

BIG WHY dalam hidup kita ni adalah pendorong supaya kita bekerja dan berusaha lebih keras. Ramai orang meletakkan ibu bapa sebagai big why. Kita perlu rasa sepenuh jiwa bila meletakkan big why untuk mendorong kita mencapai kejayaan yang kita mahukan.

 Siapa sebenarnya big why aku ni?

Bila saya sedar, 

BIG WHY SAYA ADALAH DIRI SAYA SENDIRI.

Saya ada masalah bila memulakan bisnes, saya buat setengah jalan. Cepat panas dan cepat surut. Saya tak habiskan apa yang saya mulakan. Cepat give up.

Saya ada masalah skeptikal dengan banyak perkara. Sejak dari dulu masalah saya suka buruk sangka.

Saya ada masalah kepala angin. Suami pun tahu kepala angin saya ni kalau dah teruk mulut saya akan laju aje maki hamun tanpa fikir orang lain. Lepas tu menyesal.


Jadi, bila saya letak big why saya tu adalah SAYA, memang terasa terus di sanubari yang paling dalam, aku kena BERUBAH. Bila saya berjaya ubah diri saya, inshaAllah saya yakin pasti kehidupan jadi lebih baik.

Image may contain: 1 person, standing, tree, outdoor and nature

Memang susah nak berubah. Dah nak masuk umur 40 ni banyak belum dicapai. Selesa atas rezeki orang lain. Walaupun tak minta dan Allah dah beri rezeki melalui adik beradik sendiri, teringin nak kecapi RM 1 juta sendiri. Belanja ahli keluarga sesuka hati, bawa anak-anak pergi bercuti tanpa tengok akaun dalam bank, pergi umrah setiap tahun. Pergi Haji guna pakej VVIP. 

Nak semua ni, Saya kena berubah. Kalau mentor suruh tulis namelist pun bertangguh, jadi janganlah bising kalau tiada sales. Sebab itu dalam memilih big why tu memang kena betul betul bagi impak. 

Letakkan diri sendiri sebagai big why dan cabar diri sendiri untuk berjaya. Walaupun ada ketikanya rasa dah tak kuasa, tapi mengenangkan dah nak cecah umur 40 tahun, tapi simpanan belum cecah 200 ribu pun. Nak jadi apa ? 

Hasil carian imej untuk big why quote

Sebab itu bila saya mulakan bisnes Sahajidah Hai-O ni, pertama kali dalam hidup saya betul-betul tulis target saya. Tulis dan tengok hari-hari. Sebelum ni saya tak buat. Saya mula membaca dan melihat video motivasi dan elakkan dari tengok perkara yang sia-sia. Saya perlu habiskan apa yang saya mulakan. Lambat pun lambatlah tapi saya akan habiskan dengan berhemah dan achieve target yang saya tulis. Panjang umur anda pasti lihat saya sebagai leader bersama dengan semua CDM yang saya lahirkan dalam bisnes ni. 

Image may contain: 5 people, people smiling
Bahagiakan diri sendiri dahulu barulah boleh bahagiakan keluarga

 BIG WHY WHY BIG
Image may contain: 1 person, sky and outdoor


When you believe it can be done, it can be done.

How you do anything is how you do everything.

At the end of the day, result matter.

See you at the top, MY BIG WHY !!!!!


Raihani Ramelan
TDC Premium Beautiful Expert
G8 Unity Business Consultant.


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015