RAIHANI RAMELAN - PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

Success is not final, failure is not fatal, it is the courage to continue that counts - Winston Churchill

Tuesday, 6 February 2018

ADA APA DENGAN MENTOR?

Assalammualaikum w.b.t

Didoakan sahabat yang membaca coretan Hani sihat walafiat dan dilimpahkan rezeki oleh Allah.

Hari ini Hani nak kongsi tentang MENTOR, atau PEMIMPIN atau KETUA.

Kalau baca buku atau tonton video tentang kisah kejayaan, ada satu tips paling penting yang mereka kongsikan.

PILIH MENTOR ANDA.


Ada apa dengan MENTOR?


Saya kenal bisnes Sahajidah Hai-O ni dah lama. Kenal dari arwah adik. Arwah dulu aktif bisnes ni  dalam tahun 2000. Memang rasanya siapa kenal arwah tahu sejarah beliau dengan bisnes Hai-O.

Rezeki arwah tak lama dalam bisnes ini. Banyak masalah yang beliau hadapi. Cukup besar dan biarlah saya katakan kalau orang dengar memang dah taknak buat bisnes Hai-O ni. Saya pun dulu cukup benci dengan bisnes Hai-O akibat dari apa yang arwah adik saya alami.

Dalam pada banyak perniagaan yang saya nak buat, Hai-O tak pernah tersenarai. Ada sahabat approach pun saya tak ambil kisah. Sebab mental block saya dengan bisnes ni memang hebatlah. Saya dah letak konkrit dan simen dalam kepala saya ni bisnes Hai-O ni memang scam.

Tapi Allah maha mengetahui, Allah maha tahu. Sebab tu orang tua kata, jangan benci orang, nanti jatuh cinta. Samalah kes dengan saya.

Tapi saya ambil proses lama untuk jatuh cinta. Dalam ramai-ramai usahawan Sahajidah Hai-O, Allah pertemukan saya dengan MENTOR saya Puan Suhaili Isa .

Saya dan mentor saya sewaktu pertama kali punch stocks PB

Ada Apa Dengan SUHAILI ISA?


Saya kenal Su (nama panggilan) di facebook. Saya ikuti perkembangan Su dan keluarga serta bisnes beliau 100% di facebook dan lepas tu instagram. Sebelum saya buat keputusan untuk beli premium beautiful pun, saya dah stalk facebook beliau dekat 3 bulan. Takpe, stalk fb orang untuk kebaikan dimaafkan rasanya.



1) Dedikasi dan fokus
Dua perkara  ini penting untuk jadi mentor. Su dulu Engineer berhenti kerja buat bisnes ini fulltime. Bila saya nampak dedikasi Su dalam bisnes ini, saya dah tahu beliau bukan main-main. Sebab tu   saya yakin Su boleh jadi mentor yang bagus dan boleh guide saya untuk jadi mentor seperti beliau. Terbukti sememangnya benar. Dalam masa 2 bulan dengan dedikasi Su ajar saya , semua stocks PB saya habis. Modal dan bonus pun dapat. Takde dah istilah sorok PB bawah katil. Su siap turun padang tolong saya ambil ukuran clients dan consult clients tentang PB. Tidak pernah Su cakap dengan saya, masuk modal, duduk goyang kaki duit masuk. Tiada kejayaan tanpa ada usaha, fokus dan dedikasi. 



Su turun padang untuk ajar saya ukur client.


Kali pertama saya ukur client dengan bimbingan Su. Nervous betul.


2) Akhlak
Alhamdulillah mentor saya ni akhlaknya bagus. Suami isteri akhlaknya hebat. Walaupun Su sebaya dengan adik saya yang bongsu, tapi beliau matang. Apa yang keluar dari mulut Su semua yang baik baik. Selalu ingatkan saya tentang rezeki Allah tentukan. Facebook dan insta serta blog beliau semua perkara yang positif. Automatik aura positif yang saya dapat. Dalam bisnes memang penting ada mentor seperti Su. Dunia akhirat harus selari. Barulah rezeki berkat dan melimpah ruah.



Sewaktu pertama kali jumpa CDM Ain, Mentor Su

Sewaktu pertama kali Su kenalkan dengan CDM Eija, Founder TDC


3) Tak kedekut Ilmu dan tak berkira.
Su banyak ilmu, dan tak kedekut nak share ilmu beliau dengan saya. Ada sahaja tips Su dan suami beliau beri buat saya dan rakan kongsi yang lain untuk hit target kami. Lagi satu saya suka tentang Su, beliau selalu mempermudahkan kerja saya. Kalau saya tak sempat ambil stocks, beliau tolong ambilkan di stokis. Kalau saya perlukan sesuatu, beliau hantar sampai ke rumah saya. Macam tu sekali servis Su ni untuk anak didik beliau. Memang saya respek dan hormat habis. Sebab selama 6 bulan saya bisnes dengan group TDC ni, memang Su sentiasa ada kalau saya memerlukan pertolongan. Memang rezeki saya jumpa mentor macam ni. Bila mentor pun tak berkira, automatik saya pun jadi tak berkira. Bukan dari segi bisnes sahaja, tapi boleh diaplikasikan dalam hidup seharian saya.

4) Berdikari.
Sesiapapun leader dan mentor kita, amatlah rugi kalau mereka tak ajar kita berdikari. Dari awal lagi Su dah terapkan pada saya untuk belajar berdikari. Dalam bisnes, mentor memang penting tapi bila kita pula nak jadi mentor, kita juga perlu belajar berdikari. Ilmu prospecting, ilmu marketing, ilmu customer service ni bila mentor sebaik Su dah ajar, kita kena praktikkan . Kita kena ikut satu-satu. Kalau tak sempat ikut semua, at least separuh tu kita dah buat.  At the end of the day, results matter. Bukan salah leader atau mentor, tapi salah diri kita yang taknak buat.

5) Yakin pada rakan kongsi.
Akhir sekali ini yang saya perasan ada pada Su. Beliau yakin dengan saya bila saya sendiri tak yakin saya boleh buat bisnes ini. Bila mentor dah kata kita boleh buat berkali kali, meresap dalam kepala otak sendiri yang kita sememangnya boleh buat. Dengan syarat, kita ikut apa yang telah diajar. Keyakinan pun kena dipupuk dan perlu bantuan mentor untuk beri semangat. Tanpa mentor yang baik, sukar untuk kita pupuk keyakinan diri.



#mentorkusayang


Jadi, bila nak memulakan apa-apa perniagaan, lihat siapa mentor kita. Kejayaan akan datang bila kita berusaha keras, bukan duduk goyang kaki duit jatuh dari langit. Bila ada upline yang datang approach anda suruh invest dan duduk goyang kaki duit masuk akaun, elakkan lah. Banyakkan berdoa minta Allah bukakan jalan untuk mencari rezeki di bumi ini. InshaAllah, sebaik-baik perancang tentunya Allah SWT.

Terima kasih Suhaili Isa atas segala-galanya. Terima kasih juga buat suami beliau En. Rizal yang banyak memudahkan cara. Hani doakan Su naik CDM tahun ini inshaAllah.

Jika anda yakin saya mampu jadi mentor yang baik, boleh hubungi saya di 012-5592576. Jom berbisnis cara kami.

InshaAllah.


Sehingga berjumpa lagi,

#mentorkusayang

Raihani Ramelan
Your Future Mentor
012-5592576

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Custom Post Signature

Custom Post  Signature
Japan Nov 2015