Monday, 31 May 2021

 Assalammualaikum w.b.t

Setelah sekian lama tidak update blog ini, maka dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

Tahun lepas kami meraikan syawal di Koh Samui Thailand. Alhamdulillah, tahun ini dapat menyambut lebaran di Malaysia. Walaupun PKP, tapi saya bersyukur dapat menyambut hari raya di tanah air. 


Tapi sedih juga, sebab tidak dapat meraikan bersama kaum keluarga. Adik saya pula terpaksa kuarantin kerana ada kontak rapat dengan saudara yang positif covid. Kunjung mengunjung pun tidak dibenarkan. Maka, raya tahun ini seadanya sahaja. Empat hari sebelum hari raya, kami adakan sesi bergambar untuk kenang-kenangan. Saya kongsikan beberapa gambar raya untuk tatapan pembaca blog saya.



              

Semoga tahun depan dapat kita berhari raya dalam erti kata yang sebenar. Solat sunat aidilfitri di masjid, dapat balik kampung menziarahi sanak saudara, dapat buat open house dan kenduri kendara, dapat bersilaturahim sesama sahabat dan kaum keluarga. Seronoknya bila kenang kembali kenangan sebelum wabak covid melanda. Apapun, kita lalui tahun pasca covid ini dengan sabar dan tenang. Kita jaga kita dan semoga wabak ini beransur reda dengan izin Allah. Program vaksin pun dah mula. Jadi, sama-sama kita berdoa untuk negara kita dan juga tak dilupakan doa buat Palestin juga.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF ZAHIR D AN BATIN.
















 

Tuesday, 9 February 2021

2021 tahun pendakian ke kemuncak

 Assalammualaikum w.b.t 

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2021. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur melangkah ke tahun baru. Tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 

Ramai yang mengharapkan 2021 ini lebih baik dari 2020. Mengharapkan agar Covid 19 hilang dari Malaysia. Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Norma baru perlu kita lalui. Bekerja dari rumah, sekolah dari rumah dan segalanya banyak dilakukan di rumah.

Tahun ini saya bermula pada bulan Februari. Tak tahulah kenapa tapi bulan Januari memang mood masih ke laut dalam. Menunggu keadaan reda, anak-anak boleh bersekolah, kami boleh bekerja dan berbisnes seperti dahulu. Rupanya meleset sama sekali. Kes Covid 19 semakin meningkat dan PKP pun dilaksanakan hingga sekarang. 

Alhamdulillah juga tersedar dan perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari semangat untuk ikut suami dan anak anak pergi hiking dan trekking. Antara aktiviti yang paling saya tidak gemari dulu. Suami dan anak-anak dah mula hiking dari tahun lepas lagi tapi saya malas nak ikut. Memang saya tak suka, dan rasa tak sesuai untuk saya. 

Tapi entah bagaimana perasaan nak ikut tu timbul jadi saya gagahkan juga. Kali pertama pergi memang saya akui sukar sekali. Saya gayat, kaki tak kuat, lutut pun getar, setiap kali melangkah, langkahan saya sungguh perlahan. Step by step memijak tanah dengan berhati-hati. Sampai nak mendaki dan turun bukit, saya naik dan turun dengan ketakutan dan hampir tidak boleh melangkah. Tapi suami dan anak-anak saya menunggu sabar sampai saya berjaya mendaki dan menuruni bukit. Kali pertama selesai pendakian, ya Allah rasa seperti satu pencapaian besar bagi diri saya.


Alhamdulillah, diam tak diam dah hampir 10 kali hiking. Badan terasa lebih ringan. Tidur malam pun lebih mudah dan nyenyak. Bersemangat nak exercise hari-hari untuk kesihatan. Tahun ini berat saya naik mendadak hingga mencecah 93.54 kg. Berat sungguh saya rasa. Baju seluar kebanyakannya tak muat. Berat saya hampir menyamai berat ketika mengandungkan Aisyah. Sedih sungguh tapi bukan salah sesiapa, salah diri sendiri ikut sangat nafsu dan selera makan.


Selain aktiviti hiking, saya juga mula menjaga pemakanan saya. Saya buat detox Dr Jue selama 4 hari. Kemudian saya sambung dengan keto untuk 4 minggu. Minggu ini adalah minggu pertama saya melakukan keto diet. Nampak penurunan ke 90.1kg pagi tadi (9/2/2021) . Walaupun sasaran 63kg masih jauh, tapi kali ini wajib istiqamah demi kesihatan. 


Semoga pada tahun 2021 ini saya berjaya konsisten dalam misi kesihatan saya. Kali ini saya tidak mengamalkan sebarang supplemen, ubat diet dan segala jenis protein. Saya melakukan secara alami sahaja. Menjaga pemakanan dan konsisten melakukan senaman.  80% makanan, 20% senaman. 

Ada masa saya share resipi keto saya ya.Doakan saya berjaya kali ini. Pendakian ke puncak gitu.

Hingga berjumpa lagi, bye for now.




 



 

Wednesday, 11 November 2020

Rindunya nak holiday.

 Assalammualaikum w.b.t

Lamanya tak menulis di blog ini. Ibarat rumah ditinggal lama, sepi dan bersawang. Ayat oh ayat.

Biasalah bila hujung tahun ni biasanya akan lalu lalang gambar memori travelling di Facebook. Maka nak menghilangkan rindu tu, saya pun buatlah posting khas rindunya nak holiday. Tapi sebenarnya lama dah berholiday di Koh Samui dan sekitar Thailand 😅 .Tapi still jugalah nak throwback melepaskan kerinduanku ke tempat sejuk dan dingin.

Throwback pertama di bulan November ini adalah Jepun. 5 tahun lepas memang antara tahun kami paling kerap mengembara. Banyak trip percuma dari Prudential kami dapat. Tapi antara yang paling diingati adalah Trip Jepun. Travel date dari 5-10 November 2015. Oh Jepun, kepuasan jejak kaki ke negara matahari terbit memang lain macam. Dari segi fasiliti sampailah ke makanan, memang major love lah. Sepatutnya saya ada trip 2 tahun lepas ke Hokkaido bersama rakan-rakan wanita tapi terpaksa dibatalkan. Keadaan cuaca tak menentu jadi tak dapat kami nak ke sana. Tapi tak apalah inshaAllah ada rezeki panjang umur boleh mula travel semula.

Maka, marilah kita throwback gambar Jepun sebagai kenang-kenangan.


Berjalan-jalan sekitar Tokyo


Bergambar di depan hotel




Kenangan di Disneysea, Jepun




Kenangan di Asakusa, Tokyo.



Gambar kenangan di Lake Yamanaka, Fuji. Cantik sungguh pemandangan di sini.




Waktu ni memang sejuk. Hujan dan angin kuat. Gigih ambil gambar. Hasilnya alhamdulillah menakjubkan.



Sempat solat di masjid di Tokyo




Apa khabar uncle ni ye? Pekerja di resort berdekatan dengan Gunung Fuji ni kebanyakan senior citizen.


Antara menu di Jepun. Sangat sedap dan tak cukup satu portion.


Sememangnya Jepun adalah destinasi yang sangat seronok untuk dilawati. Boleh repeat pergi dengan anak - anak. Moga-moga ada rezeki boleh main salji dan ski dengan anak-anak nanti. Buat masa sekarang, kita kumpul duit dulu, dan berjimat cermat. Bila sampai masa, kita HOLIDAY!!!

Kenangan di Jepun takkan ku lupa giteww.

Sampai bertemu lagi, salam rindunya nak holiday dari saya.









Saturday, 12 September 2020

Belajar tadabbur Al-Quran

Assalammualaikum w.b.t,
Sebulan tak update blog. Pagi ini di hotel terasa hendak menulis. Semoga perkongsian saya kali ini memberi manfaat pada yang sudi membaca.

Setelah 6 bulan saya sekeluarga menetap di Koh Samui, menunggu takdir dari Allah untuk memudahkan perjalanan kami pulang ke Malaysia, alhamdulillah akhirnya dapat kembali semula ke tanahair.  Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya bersyukur cukup segala-galanya di hotel ini. Anak - anak pun sihat walafiat. Suami pun ada di depan mata 24 jam sehari semalam. Nikmat apa lagi yang didustakan? Allahuakbar.

Baru-baru ini, saya dah mulakan aktiviti terbaru. Tadabbur Al-Quran. MashaAllah memang seronok sangat. Saya mulakan dengan surah - surah yang pendek dahulu. Almaklumlah tidak berguru. Jadi, saya rujuk media sosial dan tentunya fizikal Al-Quran untuk bertadabbur. 

Antara tokoh ilmuwan yang saya rujuk adalah Ustaz Datuk Dr Zahazan Mohamad. Penerangan beliau sangat jelas dan mudah untuk saya faham. Cara kupasan juga santai dan bersahaja. 




Antara contoh kupasan Ustaz Datuk Dr Zahazan yang saya suka adalah tadabbur surah Al-Insyirah di rancangan Tanyalah Ustaz. Boleh klik link di sini ya untuk mendengar  Tadabbur surah Al-Insyirah . 

Dalam surah ini jelas Allah nyatakan, di sebalik kesukaran, ada kemudahan, (diulangi), di sebalik kesukaran, pasti ada kemudahan. MashaAllah. Sesuai sangat dengan perjalanan hidup saya dan keluarga pada tahun ini. Saya tidak berani nak ulas panjang takut tersalah menulis. Cuma dalam apapun masalah dan dugaan, Allah pasti akan memberikan jalan keluar kepada setiap hambaNya.  

Kisah hidup di tahun 2020 ini sememangnya sungguh menakjubkan bagi saya. Allah memberikan kami rezeki menjejakkan kaki di tanah suci melakukan ibadah Umrah pada pertengahan Januari tahun ini, sedangkan kami tidak buat perancangan rapi pun. Waktu kami nak pilih tarikh, boleh pula flight MAS penuh. Jadi, kami ambil Air Asia. Dapat penerbangan awal terus ke Mekah. Jika tidak, mungkin tak dapat ke Mekah langsung. Apapun, bila Allah rezekikan, tiada satu pun yang terlewat. Syukur alhamdulillah umrah saya bersama suami tercinta dapat dilaksanakan sebelum covid 19 melanda dunia. 

Allah sebaik-baik perancang. 

Bila bertadabbur ni, hati menjadi tenang. Bila saya rasa susah hati, terus baca Al-Quran dan maknanya sekali. Pernah saya terbaca, ada manusia mengimpikan bila buka mata dah boleh nampak lautan. Saya dah merasai pengalaman tersebut di Koh Samui. Hinggakan ada satu ketika sebab dah hari-hari nampak laut, sampai dah tak rasa kecantikannya. Saya lupa nak bersyukur kerana ramai manusia mengidamkan pemandangan yang saya lihat di Koh Samui setiap hari. Nauzubillah risau takut kufur nikmat. Alhamdulillah sejak bertadabbur, saya memahami syukur itu bukan hanya dari perkataan, tapi paling penting hati saya merasai kesyukuran tersebut. 

Jika sedang mencari aktiviti terbaru, mungkin bolehlah mulakan tadabbur Al-Quran. Cuba surah pendek dahulu. Walaupun pendek, tapi sangat mendalam maknanya. Allah maha mengetahui maha bijaksana menurunkan Al-Quran, panduan untuk kita , umat Nabi Muhammad , umat akhir zaman. Jadi, rugilah jika kita tidak berdampingan dengan Al-Quran.

Terima kasih Allah atas kesempatan umur dan peluang. Semoga Allah kurniakan kami kebaikan dunia, dan kebaikan di akhirat serta jauhkan kami dari seksa api neraka.

Amin amin ya rabb ya mujib.

Hotel Istana, 12/9/2020, 2nd day of quarantine.









Thursday, 13 August 2020

Doa ketika diuji dengan penyakit dan kesakitan.

 Assalammualaikum w.b.t,


Kali ini saya nak berkongsi tentang sepotong doa yang saya amalkan ketika dan saat ini atas ujian kesakitan yang saya sedang alami. 


Sejak bulan lepas, saya mengalami sakit di tapak kaki sebelah kiri, di sekeliling tumit. Bila bangun pagi sangat bisa. Berdenyut-denyut.  Rasa sakit tu semakin menjadi jadi hinggakan bila berjalan pun terasa mencucuk. Jalan pun dah senget sebab sakit bila memijak. Pergerakan jadi terbatas. 

 

Bila saya google, saya jumpa tentang artikel tentang Plantar Fasciitis. Boleh baca dengan lebih lanjut di link ni ya Plantar Fasciitis . 

Sakit begini tiada rawatan khusus sebenarnya. Banyak bergantung pada pain killer. Sama seperti sakit belakang saya yang tiada ubatnya kecuali fisioterapi dan telan ubat tahan sakit yang tinggi dos untuk mengurangkan kesakitan. Jika semakin serius, pembedahan perlu dilakukan. Tapi kebarangkalian untuk sembuh sepenuhnya tidak diketahui. 

Jadi, dalam pada sakit dan susah hati, Allah rezekikan saya doa ini. Dalam salah satu sesi perkongsian hadis oleh suami saya, beliau membacakan hadis ini : 


Sejak itu, setiap kali saya sapu minyak dan urut di bahagian kaki saya, saya baca doa ini seperti yang Rasulullah SAW sarankan. Meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah untuk menyembuhkan sakit saya. 

Alhamdulillah. Allah turunkan penyakit untuk menguji hambanya agar bersabar, direzekikan pahala atas hambanya yang redha dan tenang menghadapi ujian. Allah berikan kalimah kalimah suciNya untuk kita amalkan sebagai doa. Semoga dengan izinNya, penyakit yang saya ada sekarang sembuh. 

Pergantungan kepada Allah dalam setiap perkara sangat penting bagi seorang muslim. Semoga dengan perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan rakan untuk merasa tenang dan redha dengan ujian Allah. Dalam kita berusaha untuk sembuh, kita mohon pada yang Esa untuk nikmat kesihatan. Semua yang berlaku dengan IzinNya. InshaAllah.



Selamat beramal dan jumpa lagi di perkongsian yang lain. Yang baik semuanya dari Allah, yang kurang datang dari diri saya sendiri.

Wallahualam. 



Sunday, 28 June 2020

Breakfast spot : Barbaguette Koh Samui.

Assalammualaikum w.b.t,
Hari ini nak berkongsi tentang satu cafe di Koh samui. 

Barbaguette  namanya. Ini website rasmi kafe BARBAGUETTE KOH SAMUI . 


Kafe Barbaguette ini terletak di Fisherman Village, Bophut, Koh Samui. Memang cantik area di sini. Pemandangan menghadap laut. Kalau tiada wabak covid, biasanya area ini akan ramai dengan pelancong dari luar negara. Susun atur kafe simple sahaja. Sesuai untuk lepak dan buat kerja. Internet di Thailand memang laju. Apalagi, berejam lah duduk di sini.


Pelbagai jenis pastries dan cakes.


Apabila menu sampai, terkejut saya. Waitress beri 2 jenis menu. Ada pelbagai jenis dessert, pastries, juices, sandwiches dan pasta. Rambang mata nak memilih. Tapi hati-hati ya, kalau ada tulis bacon dan ham tu, memang dijamin TIDAK HALAL.

Satu lagi menu khas untuk kopi. Kopi terbaik di sini dinamakan Sasatorn Coffee. Sasatorn Coffee ini dinamakan sempena nama pengasas kopi ini iaitu Sasatorn Sritongkul. Biji kopi sasatorn dipetik dari ladang di Utara Thailand dan diproses di sana lalu di bawa masuk ke seluruh Thailand termasuk Koh Samui.  MashaAllah saya yang tak minum kopi pun rasa teruja. Kata suami saya memang sedap kopi nya. Ada rasa smokey dan barista di sini pandai buat kopi. Tak hangit dan lemak sekali rasanya. 

Ini menu yang kami pilih. Alhamdulillah memang sedap dan addicted betul dengan kopi Sasatorn dan Teh Cha Yen di sini.



Saya memilih smoothies passion fruit bercampur Thai Bassil dan Mango tanpa gula. Segar yang teramat bila hirup. Lepas tu daun basil Thai tu ada rasa mint sikit tapi tidak terlalu kuat. Jadi memang kena dengan tekak melayu saya ni. 


Sandwiches dan pastries di sini juga lazat. Roti dan pastries dibuat segar setiap hari. Lembut dan gebu. Kalau tak kerana diet, 5-6 jenis pastries masuk mulut saya.

               

Mana tahu ada rezeki anda datang ke Koh Samui, boleh cuba sarapan di sini ya. Untuk yang kaki kopi, wajib cuba Kopi Sasatorn. Pasti balik Malaysia anda akan terkenang-kenang. Tapi jangan risau, anda boleh beli kopi yang belum dikisar di sini. Jadi, balik Malaysia boleh la brew kopi sendiri. 

Barbaguette ni dah jadi tempat lepak kami sepanjang berada di Koh Samui. Seminggu 1-2 kali mesti akan ke sini. Siap ambil OOTD bagai.


Inilah serba sedikit perkongsian saya untuk kali ini. Sampai berjumpa lagi dilembaran akan datang. Cerita saya dari Koh Samui sepanjang Covid 19, inshaAllah.